KERJA LAPANGAN PEMETAAN SESAR AKTIF DI PULAU TIGA, KUALA PENYU

KERJA LAPANGAN PEMETAAN SESAR AKTIF DI PULAU TIGA, KUALA PENYU

KUALA PENYU (21 DAN 22 SEPT 2020) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah (JMG Sabah) menerusi Aktiviti Geologi Kejuruteraan, Unit Geosains JMG Sabah telah menjalankan kerja lapangan di kawasan Volkano Lumpur Pulau Tiga, Kuala Penyu pada 21hb dan 22hb September yang lepas. Objektif utama kerja lapangan ini adalah untuk mengenal pasti beberapa rekahan tanah di kawasan tersebut. Encik Bailon Golutin (Pegawai Geosains Kanan), di bantu oleh Encik Ramle Kalaham dan Encik Herorisan Paruka untuk membuat kajian sesar aktif dan seterusnya memberi input kepada pihak pengurusan Taman-Taman Sabah bagi mengenal pasti sama ada keselamatan persekitaran di kawasan Volkano Lumpur itu sesuai di buka untuk pelancong tempatan dan pelancong asing. 

 

Diselia oleh : Bailon Golutin

 

LAWATAN KERJA RASMI YANG BERHORMAT TUAN ALI ANAK BIJU KE STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI(PAG) JMG SABAH

LAWATAN KERJA RASMI YANG BERHORMAT TUAN ALI ANAK BIJU KE STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI(PAG) JMG SABAH

RANAU (24 SEPT 2020) : Satu lawatan kerja rasmi Yang Berhormat Tuan Ali Anak Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Stesen Penanda Aras Gempa bumi (PAG) di Ladang Sabah Tea, Ranau, Sabah. Lawatan berkenaan melibatkan pegawai dan kakitangan Aktiviti Geologi Kejuruteraan, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah berjaya dijalankan di sini hari ini. Timbalan Pengarah Geosains (TPGS), Dr. Frederick F. Tating terlibat sepanjang sesi lawatan berkenaan. Program lawatan tersebut telah berjalan lancar dengan kehadiran Encik Bailon Bin Golutin selaku Pegawai Projek Pemetaan Sesar Aktif dan Risiko Gempa Bumi Sabah yang juga Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan dan dibantu oleh Encik Goh Khean Seong (Pegawai Geosains Aktiviti Geofizik) serta  beberapa kakitangan teknikal yang terdiri daripada Cik Helviana Malaya, Encik Ramle Kalaham, Encik Herorisan Paruka dan Encik Harry Jenyrius Majin dari Aktiviti Geologi Kejuruteraan.

 

Diselia oleh : Bailon Golutin

MESYUARAT DAN TAKLIMAT PENYEDIAAN DOKUMEN CADANGAN PEMBINAAN MUZIUM GEOLOGI SABAH BIL 1/2020 DI CELYN RESORT, KUNDASANG

MESYUARAT DAN TAKLIMAT PENYEDIAAN DOKUMEN CADANGAN PEMBINAAN MUZIUM GEOLOGI SABAH BIL 1/2020 DI CELYN RESORT, KUNDASANG

KUNDASANG, SABAH (10 SEPTEMBER 2020): RABU, Mesyuarat dan Taklimat Penyediaan Dokumen Cadangan Pembinaan Muzium Geologi Sabah Bil 1/2020 telah diadakan selama dua hari di Celyn Resort, Kundasang. Mesyuarat ini bermula dari 07 September 2020 hingga 09 September 2020.

Mesyuarat kali ini agak berlainan kerana diadakan sekali taklimat berkaitan muzium yang disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Muzium Sabah. Mereka yang hadir mewakili Jabatan Muzium Sabah adalah En. Lester Millip (Timbalan Pengarah II Sektor Permuziuman), En. Dius Kubud (Bahagian Antikuiti dan Warisan) dan En. Evren Subal (Bahagian Pameran Muzium).

Antara tajuk taklimat yang telah disampaikan oleh wakil pihak Jabatan Muzium Sabah adalah :

  1. Pengenalan Asas Muzium yang disampaikan oleh En. Dius Kubud
  2. Penyediaan Pameran Muzium yang disampaikan oleh En. Evren Subal
  3. Pengwujudan Kertas Kerja Pembangunan Muzium yang disampaikan oleh En. Lester Millip

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh tuan Pengarah JMG Sabah En. Jontih Enggihon. Antara pegawai-pegawai yang telah menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat, taklimat dan brainstorming ini adalah Pn. Faye Donna Edmund selaku Pegawai Projek Muzium Geologi, Dr. Morius Bantas (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal), En. Daulip @ Dee Dee Lakkui (Ketua Aktiviti Mineral Tenaga), En. Jaineh Linggi (Ketua Aktiviti Hidrogeologi), En. Arthur Clement Makulim (Pegawai Geosains Kanan), Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi (Ketua Aktiviti Mineral Perindustrian), En. Alvyn Clancey Mickey (Pegawai Geosains Kanan Wakil daripada Ibupejabat Unit Perancangan dan Pengurusan), En. Mazuan bin Roslan (Pegawai Geosains Kanan), En. Mison Ajum (Pegawai Geosains Kanan), En. Redzuan bin Ahmad Banjar (Pegawai Geosains Kanan), En. Muhammad Umar bin Sarimal (Pegawai Geosains Kanan), En. Aidil Arnolous Rema (Pegawai Geosains Kanan), En. Azizan Anak Juhin (Pegawai Geosains Kanan), Pn. Lim Li Chien (Pegawai Geosains), En. Goh Khean Seong (Pegawai Geosains) dan En. Asman bin Alias (Pegawai Geosains). Turut hadir sama tiga orang kakitangan sokongan yang dilantik sebagai urusetia dan AJK dalam mesyuarat dan taklimat ini. Mereka adalah Cik. Helviana Malaya (Penolong Pegawai Geosains), En. Abdul Arif bin Tahar (Pembantu Geosains Kanan) dan Pn. Suriani binti Ramlee (Pembantu Pustakawan Kanan).

Tarikh 07 September 2020 merupakan daftar masuk ke Celyn Resort dan 08 September sesi mesyuarat dan taklimat dimulakan. Manakala sebelah petang dan malam tarikh yang sama merupakan sesi perbincangan dan brainstorming antara semua pegawai yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Pengurusan dan Kumpulan Teknikal.

Hasil kerja selama dua hari amat berkesan dan Pengarah JMG Sabah amat berpuas hati dan tidak menyangka begitu banyak pendapat dan pandangan dari semua pegawai-pegawai JMG Sabah yang hadir. Pengarah megatakan ini merupakan sejarah permulaan JMG Sabah menubuhkan Muzium Geologi Sabah.

 

Sumber Maklumat : Penulis

Sumber foto : En. Abdul Arif bin Tahar

MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) MASJID JAMEK KG. KULAMBAI, KOTA BELUD

MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) MASJID JAMEK KG. KULAMBAI, KOTA BELUD

KOTA BELUD, SABAH (13 September 2020) : Ahad, 10.00 pagi  Majlis perasmian yang dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa masjid, MPKK dan Ketua Kampung telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ ​Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA). Majlis turut disertai oleh Timbalan Menteri KeTSA, Yang Berhormat En. Ali Anak Biju, Yang Berbahagia Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi (Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)), Tuan Hj. Nizarulikram bin Abdul Rahim (Pengarah PPO) dan Encik Jontih Enggihon (Pengarah JMG Sabah). Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan sebagai mamatuhi SOP yang telah ditetapkan, kehadiran penduduk kampung, wakil daripada Pejabat Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun dihadkan hanya 250 orang sahaja.


 Majlis diteruskan dengan ketibaan oleh Timbalan Menteri KeTSA, Yang Berhormat En.  Ali Anak Biju,  Yang Berhormat Dato’ ​Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA) sejurus selapas itu. Majlis dimulai dengan lagu kebangsaan, bacaan doa oleh En. Mazuan bin Roslan (Pegawai Geosains Kanan C44). Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi Jawatankuasa Masjid En.Dulaip bin Rudin. Acara diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ ​Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA). Pengarah JMG Sabah seterusnya menyampaikan cenderamata kenangan yang berupa buku-buku terbitan JMG kepada Menteri dan Timbalan Menteri.

Majlis disusuli dengan acara kemuncak, iaitu acara memotong riben dan menandatangani Plak Perasmian Telaga Tiub dengan diiringi oleh Timbalan Menteri KeTSA, Ketua Pengarah JMG, Pengarah JMG Sabah dan dif-dif jemputan. Selesai saja upacara menandatangani plak perasmian, Yang Berhormat telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Jaineh Lingi (Pegawai Geosains Kanan C44/Ketua Aktiviti Hidrogeologi). En. Jaineh seterusnya mempelawa Yang Berhormat Datuk mengunjungi Mini Pameran JMG Sabah. Acara diakhiri dengan jamuan makan tengahari kepada semua hadirin.

Majlis selesai pada pukul 1.00 petang.

 

<Video Berita RTM> https://youtu.be/crTrjvgqMbg

<Utusan> https://www.utusan.com.my/berita/2020/09/telaga-tiub-sumber-air-bersih-1700-penduduk/

Sumber Penulisan, Sumber Maklumat dan Sumber Foto : En. Abdul Arif bin Abdul Tahar

Disunting oleh : Pn. Suriani binti Ramlee

Mesyuarat Pemurnian Laporan dan Peta Geologi kawasan Kota Kinabau, Sabah

Mesyuarat Pemurnian Laporan dan Peta Geologi kawasan Kota Kinabau, Sabah

Satu Mesyuarat Pemurnian Laporan dan Peta Geologi kawasan Kota Kinabau, Sabah telah diadakan di Kinabalu Pine Resort, Kundasang, Sabah pada 1-4hb September 2020. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah JMG Sabah, En. Jontih Enggihon, turut dihadiri oleh En. Mazlan bin Mohamad Zain, En. Wong Vui Chung @ Webster Wong, Dr Frederick Francis Tating, Pn. Brendawati binti Ismail, En. Eddie Affandy Mohd Yusslee, En. Alvyn C. Mickey, En. Muhammad Umar Bin Sarimal, En. Redzuan Bin Ahmad Banjar, En. Mison Ajum, Pn. Norshakira binti Abd Ghani, Pn. Shuryanteh binti Mohd Yassin dan En. Patrick Gindol.

Dalam Mesyuarat ini, En. Alvyn C. Mickey telah membentangkan Laporan Pemetaan Geologi Kawasan Kota Kinabalu Sabah (JMG.SBH-PGN-02/2010). Ahli-ahli mesyuarat telah bekerjasama dalam memperhalusi dan memperbaiki laporan dan peta namun masa yang singkat tidak mencukupi. Seterusnya Pengarah JMG Sabah membahagikan kepada dua kumpulan untuk meneruskan kerja-kerja memperhalusi dan memperbaiki laporan selepas tamat mesyuarat yang diadakan di Kundasang ini. Pemurnian laporan seterusnya dirancang akan diadakan pada 26-31hb Oktober ini.

 

Sumber maklumat: En. Patrick

Sumber foto: Dr Frederick, Pn. Shuryanteh & En. Patrick