MESYUARAT PERTAMA BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN ISLAM JMG SABAH 2020

MESYUARAT PERTAMA BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN ISLAM JMG SABAH 2020

KOTA KINABALU, SABAH (02 MAC 2020): ISNIN, Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sabah telah mengadakan satu menyuarat pada pagi ini bagi membincangkan pergerakan takwim aktiviti BKKI 2020 kelak.


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden BKKI sendiri En. Muhammad Umar bin Sarimal dan telah dihadiri oleh semua AJK Biro yang telah dilantik. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, tingkat satu, JMG Sabah.

Beberapa aktiviti dan perancangan telah dibincangkan dan dimasukkan ke dalam takwim 2020. Antaranya adalah bacaan Yaasin setiap bulan pertama hari Jumaat.

Sumber maklumat dan foto : En. Jasni bin Jaya

MEETING BKKI BIL 1 1

Mesyuarat BKKI Bil 1/2020

MEETING BKKI BIL 1 2

 

 

MESYUARAT UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT BIL. 3/2019

MESYUARAT UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT BIL. 3/2019

LABUAN (18 - 19 September 2019) :  Beberapa ajk dari pelbagai mesyuarat iaitu Mesyuarat MBJ, Keutuhan Pengurusan, Kewangan & Akaun, Pengurusan dan Mesyuarat Unit Makmal serta Unit Pengurusan Maklumat turut bersama-sama berkampung mengadakan mesyuarat masing-masing bertempat di Hotel Lazenda, Wilayah Persekutuan Labuan.  Hasil dari mesyuarat yang dijalankan dari Unit Pengurusan Maklumat sendiri, beberapa perkara telah dibincangkan melalui Laporan Kemajuan dan Perancangan seperti Pengurusan Data, Perolehan Aset ICT, GIS, Perpustakaan, Latihan Industri dan Hal-hal lain daripada setiap kakitangan UPM.  Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.  Disamping itu, kesemua rombongan ajk mesyuarat yang terlibat turut diberi kesempatan membuat lawatan ke Projek Hidrologi, Kawasan Arang Batu dan Kawasan Geowarisan.  Mesyuarat seumpama ini dicadangkan agar diteruskan sekali sekala bagi pendedahan ilmu kepada kakitangan JMG Sabah khususnya mereka yang jarang bekerja di luar pejabat.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-sabah?start=110#sigProIdf86681e5a2

MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN DOKUMEN TENDER STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI (PAG) AKTIF BIL. 3/2019 (FASA AKHIR) DAN LAWATAN TAPAK PROJEK SURVEI MAGNETOTELURIK (MT) DI LAHAD DATU, SABAH

MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN DOKUMEN TENDER STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI (PAG) AKTIF BIL. 3/2019 (FASA AKHIR) DAN LAWATAN TAPAK PROJEK SURVEI MAGNETOTELURIK (MT) DI LAHAD DATU, SABAH

LAHAD DATU, SABAH (27 – 30 OGOS 2019) : Pada 27 – 28 Ogos 2019 Mesyuarat tertumpu pada penyediaan dokumen tender PAG (Fasa Akhir) yang dipengerusi oleh Dr. Frederick Francis Tating dan ahli-ahli yang hadir adalah En. Ahmad Zulkifli bin Kamaruzaman dan En. Mohd Safid bin Saad (BPT), En. Abdul Rahim bin Harun dan En. Mazlan bin Mohd Zain (Ibu Pejabat) serta ahli-ahli lain dari JMG Sabah iaitu En. Bailon Golutin, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan Pn. Lena Anggie.  Turut hadir membantu mesyuarat Pn. Besty Jenny Adim (urusetia) dan En. Dharmin bin Muaiyad.  Pada 29 Ogos 2019, ajk berkesempatan membuat lawatan tapak bagi Projek Survei Magnetotelurik (MT) di kawasan Tabin, ajk telah dibantu oleh kakitangan iaitu En. Awang Besar bin Hj. Kula, En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanafi dan En. Fiqria Haziq Ahyai Abdullah bersama-sama dengan pihak syarikat Geo Technology Resources Sdn Bhd yang sedang menjalankan kerja luar serta latihan MT di Lahad Datu.  Turut hadir pada lawatan kali ini adalah En. Fredolin Javino.  Sebelum mesyuarat diakhiri pada 30 Ogos 2019, satu Taklimat Ringkas mengenai Kemajuan Projek Survei MT oleh syarikat tersebut telah dibentang pada hari berkenaan disertakan penyerahan beberapa aset MT untuk dijadikan Hak Kerajaan Malaysia.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-sabah?start=110#sigProId3138cf9b3f