KOTA KINABALU, SABAH (24 JANUARI 2020): JUMAAT, Hari ini merupakan hari terakhir bertugas sebagai Pengarah JMG Sabah buat En. Paulius Godwin dan juga merupakan hari terakhir beliau dalam perkhidmatan awam Malaysia. Walaubagaimanapu tarikh lahir sebenar beliau adalah pada 28 Januari.
MAJLIS PERASMIAN BILIK MESYUARAT GNSS, JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (23 JANUARI 2020): KHAMIS, Satu majlis perasmian bilik mesyuarat GNSS telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin pada hari ini 23 Januari 2020 bersamaan hari Khamis di Bangunan Blok Jesselton Tingkat 2, JMG Sabah sekitar pukul 1200 tengahari.
MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH EN. PAULIUS GODWIN
KOTA KINABALU, SABAH (23 JANUARI 2020): KHAMIS, Satu majlis persaraan Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin telah diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Bangunan Blok Kinabalu, JMG Sabah sekitar pukul 10.40 pagi pada 23 Januari 2020.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2020 ANJURAN UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (23 JANUARI 2020): KHAMIS, Setiap bulan satu Majlis Perhimpunan Bulanan akan dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah. Penggiliran penganjuran majlis adalah mengikut unit-unit yang ada di JMG Sabah. Pada awal Januari 2020, penganjur bagi majlis kali ini adalah Unit Pengurusan Maklumat, JMG Sabah. Majlis ini diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Bangunan Blok Kinabalu, JMG Sabah sekitar pukul 8.40 pagi pada 23 Januari 2020.
MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK DAN AGIHAN PERUNTUKKAN 2020
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, (22 JANUARI 2020): RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan projek dan agihan peruntukkan bermula pada 19 Januari 2020 dan berakhir pada 24 Januari 2020 di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.