MAJLIS PERJUMPAAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSAMA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN DI NEGERI SABAH

MAJLIS PERJUMPAAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSAMA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN DI NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (29 OGOS 2020): SABTU, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melakukan lawatan rasmi ke Negeri Sabah selama dua hari. Ini merupakan lawatan sulung beliau ke negeri di bawah bayu selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada akhir Februari lepas.

Salah satu yang diselitkan dalam jadual Perdana Menteri ke negeri Sabah adalah Majlis Perjumpaan beliau bersama Penjawat Awam Persekutuan di Negeri Sabah. Majlis ini diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah (SICC) pada 29 Ogos 2020 hari Sabtu pukul 12 tengahari.

Perdana Menteri menegaskan bahawa Sabah sukar menikmati lebih banyak kemajuan jika pentadbirannya tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.  Apa yang diiginkan oleh Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, beliau ingin melihat Sabah juga lebih maju ke depan dengan kerjasama sebagai satu pasukan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Tambahnya lagi “ Pelbagai peruntukan telah disalurkan kepada Negeri Sabah, malah dalam bidang sosioekonomi Rancangan Malayisa ke 11 sahaja telah disalurkan sebanyak RM22 Billin diperuntukkan”. “Begitu juga dalam bidang industri, pendidikan, pelancongan dan pertanian, sekaligus membuktikan negeri Sabah tidak pernah diabaikan.

“Dia (Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal) merupakan kawan baik saya sudah begitu lama. Dia mentadbir negeri, saya di Pusat. Dulu kami sama-sama satu landasan, pernah menjadi menteri,” katanya pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan di SICC di sini, hari ini.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah juga tidak ketinggalan dalam majlis perjumpaan bersama Perdana Menteri. JMG Sabah menghantar beberapa orang pegawai bagi mewakili JMG Sabah. Antara mereka yang hadir sama dalam majlis perjumpaan bersama Perdana Menteri adalah Encik Jontih Enggihon (Pengarah), Dr. Morius Bantar (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal), Encik Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), Encik Daulip Lakkui, Encik Fredolin Javino, Puan Jayawati Fanilla Sahih Montoi, Encik Aidil Arnolous Rema, Puan Lim Li Chien, Encik Goh Khean Seong dan Cik Fatimah Tuzaharah Kamaludeen.

 

Sumber Maklumat : Penulis

Sumber foto : En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/725902/pm-kecewa-kerajaan-sabah-persekutuan-tidak-sehaluan

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/08/29/muhyiddin-better-if-sabah-is-aligned-with-federal-government

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/725514/pm-dijangka-lawat-sabah-2-hari

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 8 TAHUN 2020 DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 8 TAHUN 2020 DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

KOTA KINABALU, 21 OGOS 2020 (JUMAAT) : Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan 8 Tahun 2020 dan Sambutan Hari Kebangsaan dengan tema ‘Malaysia Prihatin’ telah diadakan di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu, Tingkat 1, JMG Sabah dengan kehadiran dianggarkan lebih kurang 20 orang kakitangan JMG Sabah. Selebihnya ada yang bekerja di luar pejabat dan menghadirkan diri dalam majlis tersebut secara dalam talian (Video Conference) menerusi sambungan ‘google meet’ JMG Sabah. Unit Geosains adalah penyelaras majlis perhimpunan pada kali ini.  

Tidak seperti majlis perhimpunan yang lepas, majlis kali ini adalah berbeza kerana bilangan yang hadir di Dewan Nephrite dihadkan kepada kira-kira 20 orang sahaja bagi mengikut garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan kerajaan dalam satu-satu perhimpunan.

Aturcara dimulakan dengan pegawai dan kakitangan mengambil tempat dan ketibaan Timbalan Pengarah Sumber Mineral (En. Wong Vui Chung@Webster Wong), Timbalan Pengarah Geosains (Dr. Frederick F.Tating), Timbalan Pengarah Makmal (Dr. Morius Bantas), Ketua Unit Pengurusan Maklumat (En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee), Ketua-ketua Aktiviti serta kakitangan JMG Sabah. Bagaimanapun,  Yang Berusaha Tuan Pengarah JMG Sabah (En. Jontih Enggihon) hanya dapat mengikuti majlis tersebut secara ‘Video Conference’ sahaja atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. 

Majlis diteruskan dengan pembukaan nyanyian lagu NegaraKu dan Sabah Tanah Air Ku oleh warga JMG Sabah. Seterusnya bacaan doa telah dipimpin oleh En. Herorisan bin Paruka dan diikuti Taklimat SOP Keselamatan Covid-19 yang telah disampaikan oleh En. Khairun Nasir bin Moktar (Penolong Pegawai Keselamatan JMG Sabah) sebelum Perutusan daripada Pengarah JMG Sabah.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan multimedia mengenai status gerak kerja projek pembangunan masing-masing daripada Unit Sumber Mineral, Unit Geosains dan laporan lintas langsung daripada kakitangan yang sedang bekerja di lapangan. Sebelum majlis berakhir, sambutan hari lahir Yang Berusaha Tuan Pengarah JMG Sabah (En. Jontih Enggihon) turut diraikan bersekali dengan kakitangan yang lahir dalam bulan Januari hingga Ogos dalam Tahun 2020. Beliau sangat terharu dan menyatakan bahawa sambutan hari lahir tersebut adalah sangat bermakna dan beliau sangat menghargainya. Beliau juga berbangga terhadap keseluruhan barisan kepimpinan warga JMG Sabah yang bertungkus lumus dalam mejayakan majlis perhimpunan bulanan dan hari kebangsaan tersebut. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga Tuan Pengarah kepada pihak pengajur majlis yang mana perhimpunan bulanan kali ini adalah sangat berbeza dan unik serta menyeluruh dari segi laporan aktiviti-aktiviti dalam dan luar pejabat dan perlu dikekalkan pada masa akan datang.

Dan sebelum majlis bersurai, lagu kebangsaan kemerdekaan Malaysia (Lagu Tanggal 31 Ogos) telah dinyanyikan dengan penuh semangat patriotisme warga JMG Sabah sambil mengibarkan bendera jalur gemilang. Majlis telah berakhir kira-kira 12.30 Tengah Hari.

 

PENYERAHAN PELITUP SEPARUH MUKA KEPADA TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAH DAN KETUA UNIT JMG SABAH

PENYERAHAN PELITUP SEPARUH MUKA KEPADA TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAH DAN KETUA UNIT JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (11 JUN 2020): KHAMIS, Satu majlis ringkas penyerahan pelitup separuh muka (face mask) kepada semua wakil timbalan pengarah dan ketua unit telah dilaksanakan di bilik Pengarah JMG Sabah pada hari ini sekitar pukul 10.00 pagi. Majlis ringkas ini dilaksanakan mengikut sop yang telah ditetapkan oleh KKM.

Baca selanjutnya