MAJLIS PERHIMPUNAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

MAJLIS PERHIMPUNAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

SHAH ALAM, Jumaat 03 Mei 2019 - Satu majlis perhimpunan sempena tibanya bulan Ramadhan telah diadakan di bilik mesyuarat Kuarza. Pengarah Negeri Yang Berusaha En. Jontih Enggihon menyampaikan perutusan serta membincangkan isu-isu semasa dan mengambil kesempatan meraikan empat warga JMGSWP yang telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018, iaitu En. Nicholas Jacob (Pegawai Geosains Gred C52), Puan Hasnida Zabidi (Pegawai Geosains Gred C48), En. Kamal Azlan Jusoh (Pembantu Geosains Gred C26) dan Puan Siti Rohana Khalid (Pembantu Tadbir Gred C19). Tahniah diucapkan. Majlis perhimpunan seterusnya disusuli dengan sesi tayangan montaj bergambar aktiviti-aktiviti jabatan sebelum diakhiri dengan hidangan jamuan ringan. Selamat menunaikan ibadah berpuasa dan terima kasih kepada semua yang hadir dan yang sudi membaca blog JMGSWP.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 04/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 04/2019

SHAH ALAM, 18 April 2019 - JMGSWP telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan yang bertempat di bilik mesyuarat tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Pengarah En. Jontih Enggihon yang mempengerusikan majlis tersebut telah memberi taklimat dan membincangkan perkara-perkara berkenaan sasaran kerja tahunan, status peruntukan mengurus, status projek pembangunan, perjawatan serta tinta integriti.

Majlis disusuli sesi tayangan montaj aktiviti-aktiviti jabatan dan disudahi dengan acara memotong kek untuk meraikan warga JMGSWP yang tarikh lahir jatuh pada bulan April hingga Jun. Terima kasih.

Baca selanjutnya

CCOP - JMG - BGS WORKSHOP ON URBAN GEOLOGY

CCOP - JMG - BGS  WORKSHOP ON URBAN GEOLOGY

PUTRAJAYA, 26 Februari 2019 -  Satu bengkel bertajuk "CCOP-JMG-BGS Workshop On Urban Geology" telah langsungkan di Hotel Everly bermula dari tarikh 26 hingga 28 Februari 2019. Seramai 10 warga JMGSWP termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah telah terlibat dalam menjayakan program bengkel tersebut sama ada sebagai peserta dan urusetia. Sebagai penutupan program bengkel iaitu pada hari ketiga, satu sesi lawatan tapak ke tiga tempat telah diadakan di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Baca selanjutnya

AKTIVITI PEMANTAUAN KERJA PELETUPAN TEROWONG PROJEK MRT

AKTIVITI PEMANTAUAN KERJA PELETUPAN TEROWONG PROJEK MRT

SELASA, 12 Februari 2019 - Unit Pembangunan Lombong Dan Kuari JMGSWP telah menjalankan aktiviti pemantauan kerja peletupan bagi pembinaan terowong di tapak Projek MRT Laluan 2 iaitu untuk laluan Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya. Kontraktor peletupan yang dilantik bagi menyempurnakan kerja-kerja peletupan terowong ialah OTA Tunnel Square Sdn. Bhd. Pemantauan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan tahap gegaran dan ledakan udara berada di bawah paras yang telah ditetapkan oleh JMG.

Baca selanjutnya