MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 08/2018 DAN TAKLIMAT KESELAMATAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 08/2018 DAN TAKLIMAT KESELAMATAN

SHAH ALAM , 17 Ogos 2018 - Majlis Perhimpunan Bulanan JMGSWP telah diadakan untuk kemaskini segala maklumat terkini yang perlu disebar dan dikongsikan bersama. Pelbagai maklumat berkenaan perbelanjaan dan peraturan disampaikan oleh Pengarah, yang berusaha En. Jontih Enggihon. Pada sebelah petang pula disusuri dengan sesi taklimat oleh Pn. Nur Shuhada Jusoh, pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor yang membincangkan langkah-langkah, peraturan dan perundangan dalam aspek keselamatan pekerjaan yang melibatkan jabatan.

Baca selanjutnya

Majlis Perasmian dan Pentauliahan Mesin Gerudi 'Massenza' di Laman Jentera, Maeps, Serdang, Selangor

Majlis Perasmian dan Pentauliahan Mesin Gerudi 'Massenza' di Laman Jentera, Maeps, Serdang, Selangor
Pada 2 Ogos 2018, Satu majlis pentauliahan mesin gerudi baru 'massenza' telah diadakan di Laman Jentera MAEPS, Serdang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JMG dan dihadiri oleh wakil daripada Lembaga Pertubuhan Peladang, JMG Ibu Pejabat, BPT dan wakil daripada JMG negeri.
 
Pentauliahan ini juga disertai dengan latihan penggerudian oleh penggerudi dari Itali dan pemilik pembekal mesin gerudi iaitu En. Matteo Massenza. Dengan adanya mesin gerudi ini, JMG telah berjaya membina sebuah telaga berkedalaman 101 meter di dalam batuan Formasi Kajang di MAEPS, Serdang, Selangor.
Baca selanjutnya

Lawatan Teknikal oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor bersama Pakar Penyelidik Jepun bgi Kajian Projek Strengthening the Safety & Security of Communities by Understanding Disaster Risk and Community-Led Disaster Risk Reduction (DRR)

Selangor, 08 Ogos 2018 - Lawatan Teknikal bagi pemilihan kawasan kajian Project Strengthening the Safety & Security of Communities by Understanding Disaster Risk and Community-Led DRR (SeDAR) bagi kluster tanah runtuh di beberapa lokasi cadangan, antara lain di Atheneaum Condominium, Bukit Antarabangsa; Batu 14 & 16 Jalan Gombak-Bentong; dan Taman Idaman, Serendah.

Baca selanjutnya

PEMBENTANGAN DAN PERSEMBAHAN HASIL LATIHAN INDUSTRI OLEH PELAJAR IPTA

PEMBENTANGAN DAN PERSEMBAHAN HASIL LATIHAN INDUSTRI OLEH PELAJAR IPTA

SHAH ALAM, 03 Ogos 2018 - Satu sesi pembentangan dan persembahan oleh salah seorang daripada 3 pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan industri untuk tempoh 10 minggu di JMGSWP. Setiap pelajar akan ditempatkan di Unit Geosains, Unit Sumber Mineral, Unit Pembangunan Lombong dan Kuari dan Unit Pengurusan Maklumat mengikut jadual dan akan dipantau oleh pegawai-pegawai yang dilantik. Tujuan latihan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada proses kerja sebenar termasuk kerja lapangan seperti aktiviti-aktiviti hidrogeologi, pemetaan komputer dalam bidang GIS, letupan batuan di kuari dan makmal di Ipoh.

Baca selanjutnya