setinggi-tinggi tahniah kepada pn. mazatul

setinggi-tinggi tahniah kepada pn. mazatul

Banting, 10 Februari 2018, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Labohan Dagang telah mengadakan Majlis Sambutan Jubli Emas 100 Tahun Kg. Labohan Dagang. Sempena majlis sambutan tersebut Pn. Mazatul Akmar bt. Aros telah dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Cemerlang di atas sumbangan bakti beliau dan JMGSWP terhadap pembangunan Kampung Labohan Dagang. Tahniah Pn. Mazatul.

taklimat projek nuof "disaster resilient cities: forecasting local level climate extremes and physical hazards for kuala lumpur"

taklimat projek nuof "disaster resilient cities: forecasting local level climate extremes and physical hazards for kuala lumpur"

Pada 5 Februari 2018, Lawatan kerja pihak pasukan Projek Newton-Ungku Omar Fund diketuai oleh Prof. Dr. Joy Jacqueline Pareira dari SEADPRI UKM bersama ahli pasukan ke JMG SEL/WP. Sesi taklimat dan perbincangan bagi kerjasama di antara dua pihak telah diadakan yang dipengerusikan oleh En. Jontih Enggihon, Pengarah JMG SEL/WP. Sesi perbincangan turut dihadiri oleh wakil-wakil dari JMG Ibu Pejabat dan BPT.

Baca selanjutnya

perbincangan berkaitan projek "urban geology of kuala lumpur" bersama British Geological Survey (BGS)

perbincangan berkaitan projek "urban geology of kuala lumpur" bersama British Geological Survey (BGS)

Sesi perbincangan antara pihak JMG SEL/WP dan British Geological Survey (BGS) yang turut dihadiri oleh pihak Projek Newton Ungku-Omar Fund bagi cadangan pembangunan pangkalan data geologi subpermukaan untuk kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

Perbincangan selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 hb Januari bersama tiga wakil dari BGS turut disertai wakil-wakil dari DBKL, Newton-Ungku Omar, Universiti Malaya, UNITEN, JMG Ibu Pejabat dan BPT.

Baca selanjutnya