ujian pembedil (amali) bil. 1/2018 bagi calon daripada negeri selangor darul ehsan

ujian pembedil (amali) bil. 1/2018 bagi calon daripada negeri selangor darul ehsan

Satu sesi Ujian Pembedil (Amali) bagi calon dari negeri Selangor Darul Ehsan Bilangan 1 untuk tahun 2018 telah berjaya dijalankan. Ujian tersebut telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi temuduga yang diadakan pada 23 Januari 2018, bertempat di JMGSWP manakala sesi praktikal telah diadakan pada 24 Januari 2018, bertempat di Tanming Quarry, Tanjuna 12, Kuala Langat.

Seramai tiga orang calon pembedil telah menghadiri sesi ujian kali ini. Panel Ujian Pembedil (Amali) terdiri daripada wakil Unit Persenjataan Polis Diraja Malaysia Tuan ASP Saad (IPK Kontinjen Selangor) dan Tuan ASP Azhril (Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman). Manakala panel daripada JMG Malaysia ialah En. Ahmad Khuzer, En. Nopazli dan En. Mohd Fadzli.

Secara keseluruhannya, Ujian Pembedil (Amali) Negeri Selangor Darul Ehsan Bil. 1/2018 telah dilaksanakan dengan jayanya.

Baca selanjutnya

majlis perpisahan warga jmgswp

majlis perpisahan warga jmgswp

Pada 22 Januari 2018, satu majlis perpisahan telah diadakan untuk meraikan En. Mohd. Sayuthi bin Rashid, Pembantu Geosains Gred C22 yang akan berpindah ke JMG Terengganu pada bulan Februari 2018. Selamat maju jaya dan semoga perkhidmatan cemerlang beliau di JMGSWP akan diteruskan di mana jua beliau bertugas.

Majlis Perpisahan juga diserikan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan nyanyian kategori lelaki  dan wanita sempena aktiviti Hari Keluarga JMGSWP 2017.

Baca selanjutnya

bengkel Perbincangan Berkaitan Ulasan Pembangunan

bengkel Perbincangan Berkaitan Ulasan Pembangunan

Pada 16 Januari 2018 , pihak pengurusan Jabatan Mineral Geosains Selangor/W. Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Taklimat dan Perbincangan Berkaitan Ulasan Pembangunan di peringkat jabatan. Tujuan seminar ini diadakan adalah bagi memberikan penerangan berkaitan ulasan pembangunan gunatanah khususnya diperingkat OSC. Semua pegawai yang terlibat dalam menyediakan ulasan OSC telah menyertai bengkel ini. Perbincangan mengenai isu-isu berkaitan OSC juga diadakan bagi memastikan setiap ulasan yang disediakan adalah selaras dengan garis panduan dan bidang tugas JMG.

Baca selanjutnya