Satu taklimat telah diadakan di Bilik Kasiterit JMG Terengganu sempena lawatan Timbalan Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Puan Farizawati Sabri dan Encik Degor Joshia dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Putrajaya pada 8 April 2015. Timbalan Pengarah JMG Terengganu, Tuan Haji Che Abdul Rahman Jaafar mengalu-alukan kedatangan dan berharap kunjungan ini akan mempereratkan hubungan dan kerjasama kedua-dua jabatan. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Geosains, Encik Hamle Ismail dengan dibantu oleh pegawai geosains, Encik Razaidi Shah A Kadir.
PERHIMPUNAN BULANAN JMG TERENGGANU JANUARI 2015
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Terengganu Januari 2015 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit pada 2 Februari 2015. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 38 kakitangan jabatan.