KEJOHANAN BOWLING KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JMG MALAYSIA, TERENGGANU (KESKET)

KEJOHANAN BOWLING KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JMG MALAYSIA, TERENGGANU (KESKET)

KUALA TERENGGANU, 14 JANUARI 2018 – Memasuki tahun baru 2018, biro sukan telah menganjurkan kejohanan bowling di Carol Crown Bowl, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu. Seramai 17 peserta bertanding bagi merebut hadiah lumayan yang disediakan oleh penganjur pertandingan. Matlamat utama aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim, mengurangkan ‘stress’ di tempat kerja dan membentuk semangat sepasukan.

PERTUKARAN IR TAN HAI HONG KE JMG IPOH

PERTUKARAN IR TAN HAI HONG KE JMG IPOH

KUALA TERENGGANU, 9 JANUARI 2018 - JMG Malaysia Terengganu telah mengadakan Majlis pertukaran Ir. Tan Hai Hong ke JMG Malaysia Perak yang akan berkuat kuasa pada 16 Januari 2018. Timbalan Pengarah, En. Che Aziz Che Soh didalam ucapannya menyampaikan penghargaan atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di sini.

IMBAUAN.....2017

Sepanjang tahun 2017, JMG Malaysia Terengganu telah kehilangan beberapa pegawai kanan dan kakitangan disebabkan bertukar pejabat@cawangan dan bersara.  Antara pegawai dan kakitangan yang bertukar ialah Tn.Hj Mohd Zukeri Ab Ghani(Ibu Pejabat), Tn. Hj Che Abdul Rahman Jaafar(JMG Kedah), En. Abdul Hadi Abdul Rahman(JMG Selangor), En. Suhaimizi Yusof (Ibu Pejabat), En. Abdul Haziq Yusof(JMG Selangor) dan Cik Ramlah Mamat(JPS Terengganu).

Antara kakitangan yang bersara pula ialah En. Tuan Syed Tuan. Besar, En. Ideris Muhamad, En. Sagnal Mat Shah dan Pn. Manir Marwan.

Doa kami, warga JMG Terengganu semoga pegawai yang bertukar akan terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat baru dan yang telah bersara ucapan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di JMG Malaysia.

 

PROGRAM SANTAI PETANG HI TEA SESAMA AHLI KESKET

Pada petang Rabu, 20 Disember 2017, buat kali pertamanya, KESKET telah mengaturkan suatu program minum petang yang dinamakan Santai Petang, Hi-tea Sesama Ahli. Selain dari penyediaan makanan dan minuman, program pada petang tersebut yang dibuat secara tidak formal, turut dimeriahkan dengan permainan dart, dan menimbang bola ping-pong. Para pemenang turut menerima cenderamata yang disampaikan oleh Pemangku Pengerusi KESKET.

Program ini bertujuan memperkenalkan makanan tradisional Terengganu yang jarang-jarang ditemui, disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli. Diharap program ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Kepada seluruh ahli KESKET yang menjadi urusetia dan menjayakan program, diucapkan syabas dan jutaan terima kasih.

Picture2

pingpong3

santai eat

dart

dart2

santai