1 Million Purple Walk

Pada 17 Mac yang lalu,semperna hari wanita sedunia satu larian amal telah diadakan serentak di seluruh Malaysia. Kesemua kakitangan wanita JMG Terengganu turut menyertai program tersebut. Program bermula dari Pantai Batu Buruk ke Dataran Shahbandar sejauh kira-kira 2.5 km. Acara tersebut dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. YAB Menteri Besar dan barisan exco turut serta bersama 30,000 peserta dalam larian tersebut.

Penganugerahan Sijil Tamat Latihan Industri

TERENGGANU 8 Januari 2013, Majlis penyampian sijil penghargaan kepada pelajar latihan industri dari Universiti Teknologi Petronas telah diadakan di  bilik pengarah JMG Terengganu. Dua pelajar di bawah kelolaan Prof. Madya Askury telah diterima dan berjaya mengikuti latihan selama 3 bulan di jabatan ini dengan jayanya. Pihak JMG Terengganu mengucapkan jutaan terimakasih di atas kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya.

Lawatan Kerja Ke Kuari Dan Kilang Batu Dimensi Di Bukit Chetai, Hulu Terengganu

TERENGGANU 9 Januari 2013, Pengarah dan kakitangan Unit Mineral Perindustrian, JMG Terengganu telah melakukan satu lawatan kerja ke kilang dan kuari batu dimensi milik PERMINT Mineral di Bukit Chetai, Hulu Terengganu. Pengeluaran utamanya adalah dari  jenis Terengganu Green dan Sekayu White. Kilang pemotongan batu dimensi tersebut terletak di dalam kawasan pengkuarian sumber di mana bongkah batuan dikuari dihasilkan melalui kaedah pemotongan menggunakan diamond wire.

UMT Meterai Perjanjian Dengan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada Selasa menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia bagi membolehkannya menjalankan lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi.

Naib Canselor UMT Prof Dr Ibrahim Komoo berkata MoU itu juga akan membolehkan program pertukaran siswazah, petugas sokongan dan pakar penyelidikan dalam beberapa bidang termasuk geologi, geofizik, proses pantai, oseanografi fizikal, kimia dan biologi.

Baca selanjutnya