PEMBENTANGAN OLEH PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

 PEMBENTANGAN OLEH PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Kuala Terengganu, 26 Februari 2018 – Pembentangan oleh pelajar LI, adik Ahmad Mursyidi B Alias yang bertajuk kerja lapangan penyelidikan projek RAS 7030 isotope hydrological investigation forum better understanding of water resources management and ecosystem response in Terengganu river basin bertempat di bilik Kasiterit JMG Terengganu. Pelajar latihan ini ditempatkan di Unit Geosains di bawah penyelia En. En. Norzuhairil Zubir(PGS-SAT).

MAJLIS PERSARAAN EN. SAGNAL BIN MAT SHAH

MAJLIS PERSARAAN EN. SAGNAL BIN MAT SHAH

KUALA TERENGGANU, 28 Februari 2018 - Warga JMG Terengganu telah mengadakan majlis perpisahan dan persaraan En. Sagnal Bin Mat Shah, Pembantu Pegawai Geosains C22. Segala jasa, keringat, pengorbanan dan bakti yang dicurahkan semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam diucapkan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Slide2

MESYUARAT JK MAJLIS PENYERAHAN TELAGA TIUB KG.JONGOK BATU, DUNGUN BIL 3/2018

MESYUARAT JK MAJLIS PENYERAHAN TELAGA TIUB KG.JONGOK BATU, DUNGUN BIL 3/2018

Kuala Terengganu, 20 Februari 2018 - Mesyuarat bersama JK Majlis Penyerahan Telaga Tiub Kg.Jongok Batu, Dungun telah diadakan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En.Hamlee Ismail (KUGS) yang diadakan di bilik mesyuarat Kasiterit JMG Terengganu. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memantau setiap persiapan majlis supaya berjalan lancar dan menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit.