MAJLIS PERPISAHAN DUA ORANG PEGAWAI UNIT LOMBONG DAN KUARI

MAJLIS PERPISAHAN DUA ORANG PEGAWAI UNIT LOMBONG DAN KUARI

KOTA KINABALU, SABAH (27 APRIL 2018) : JUMAAT, Satu majlis ringkas telah dibuat di Dewan Nephrite, JMG Sabah bagi meraihkan dua orang pegawai dari Unit Lombong dan Kuari yang akan ditukarkan tempat bertugas mulai Mei 2018.

Pegawai yang diraih adalah Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli merupakan Ketua Unit Lombong dan Kuari JMG Sabah. Beliau telah memulakan khidmat beliau di JMG Sabah pada 15 Mei 2017 dan baru hampir setahun berkhidmat di bumi Sabah, dan kini mendapat arahan pertukaran ke bumi kenyalang di JMG Sarawak. Tn. Hj. Nurul juga merupakan Naib Presiden Badan Kebajikan Kakitangan Islam JMG Sabah (BKKI). Pengawai kedua yang diraihkan adalah En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa merupakan Pegawai Geosains C41 di Unit Lombong dan Kuari JMG Sabah. Beliau telah mula berkhidmat di JMG Sabah pada tahun 2014 dan hampir empat tahun berada di bumi Sabah menyumbang bakti dan buah fikiran di JMG Sabah, dan terpaksa akur dengan arahan pertukaran tempat bertugas ke JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang pula.

Pertukaran dua orang pegawai yang diraihkan ini merupakan satu kehilangan lagi buat JMG Sabah, KEMG Sabah dan BKKI Sabah. Walaubagaimanapun JMG Sabah mengucapkan tahniah dan menghargai segala sumbangan mereka kepada JMG Sabah sebelum ini. Ucapan setinggi terima kasih buat mereka, dan mendoakan mereka agar terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang di tempat baru nanti. Semoga terus maju jaya buat Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli dan En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa.

Written by : Suriani Ramlee