PERKONGSIAN ILMU DAN PENGALAMAN OLEH EN. JAINEH LINGI

PERKONGSIAN ILMU DAN PENGALAMAN OLEH EN. JAINEH LINGI

KOTA KINABALU, SABAH (27 APRIL 2018) : JUMAAT, satu perkongsian ilmu dan pengalaman telah disampaikan oleh En. Jaineh Lingi di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu, JMG Sabah. Beliau berkongsi pengalaman beliau semasa menghadiri kursus di KIGAM, Daejon, Korea.

Tajuk perkongsian ilmu beliau pada pagi ini adalah "Regular Training Course on Groundwater Theory and Practices". Beliau bercerita berkaitan cara pemprosesan air mineral di negara Korea. Di mana negara itu merupakan sebuah negara yang mengutamakan kebersihan dan kegunaan air bersih adalah amat penting. En. Jaineh merasa kagum dengan kemudahan dan peralatan serta inisiatif kerajaan mereka demi mementingkan penggunaan air bersih. Ini boleh dijadikan idol kepada negara kita agar suatu hari nanti dapat membekalkan air bersih yang terbaik.

Beliau juga sempat berkongsi berkaitan rakan-rakan baru yang beliau kenali semasa sama-sama menghadiri kursus tersebut. Beliau menceritakan bahawa beliau amat kagum dengan seorang rakan beliau berasal dari negara Mongolia. Di mana rakan beliau tersebut seorang yang berani dan ingin mencuba sesuatu yang bagi kita agak mustahil kerana sifat kita yang pemalu. Keyakinan yang kuat itu perlu walaupun kita tidak mahir dalam sesuatu bidang tetapi keinginan ingin mencuba dan belajar itu perlu dicontohi seperti rakan beliau. En. Jaineh berada di bumi korea selama lebih kurang 2 minggu bermula dari 19 Jun 2017 hingga 30 Jun 2017. Pengalaman yang singkat dan penuh bermakna buat beliau.

 

 

Written by : Suriani Ramlee