18 dan 19 Mac 2016 - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan Mini Lab Pemantauan Habuk dan QPINs bagi memperkenalkan peralatan pemantauan habuk serta QPINs yang telah direkacipta untuk fungsi berkaitan. Tujuan Mini Lab ini juga adalah untuk mendapatkan maklumbalas dari para peserta bagi memperbaiki QPINs sedia ada. Mini Lab kali ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta, terdiri daripada pegawai dan kakitangan PPM serta peserta jemputan dari IPTA dan pihak swasta.
Antara aktiviti yang diadakan semasa mini lab termasuklah pengenalan kepada peralatan pemantauan habuk dan QPINs secara teori, sesi soal jawab serta lawatan tapak bagi memperkenalkan peralatan pemantauan habuk secara langsung kepada para peserta.
View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/pusat-penyelidikan-mineral/2016-04-04-02-51-43#sigProId55ab640459
http://blog.jmg.gov.my/pusat-penyelidikan-mineral/2016-04-04-02-51-43#sigProId55ab640459