GOTONG ROYONG PERDANA PPM 2016

GOTONG ROYONG PERDANA PPM 2016

PPM telah berjaya mengadakan aktiviti “Gotong Royong Perdana PPM 2016” pada 3 Ogos 2016 bertempat di SUGA, Malim Nawar Perak. Program Gotong Royong Perdana PPM 2016 ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Keceriaan dan Gotong Royong PPM di mana ia merupakan program tahunan yang dianjurkan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.  Pada tahun ini tumpuan aktiviti adalah untuk mencantik dan menceriakan lagi kawasan persekitaran SUGA di Malim Nawar, Perak.

Beberapa aktiviti telah dirancang bagi memenuhi pengisian program ini seperti pembersihan di sekitar pokok jejawi, memotong rumput dan pokok-pokok di kawasan bukit tangki air, memotong pokok menjalar dan membersihkan sekitar pagar dan pintu masuk ke SUGA serta penanaman pokok buah-buahan.  Aktiviti yang dirancang ini telah mendapat kerjasama dan penglibatan yang sungguh baik dari peringkat pegawai sehingga ke kakitangan-kakitangan sokongan di PPM. Tujuan program ini juga adalah untuk menyemai sikap cintakan alam sekitar serta memupuk rasa kasih sayang dan bertanggungjawab kepada pemeliharaan kawasan SUGA.

Di dalam program ini sebanyak 15 pokok kelapa matag , 15 pokok mempelam harum manis dan beberapa jenis pokok lain telah dapat ditanam.  Kesemua pokok-pokok ini adalah di taja oleh setiap cawangan-cawangan di PPM. Melalui program ini juga, kakitangan-kakitangan di PPM telah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta menyemai sikap beranggungjawap terhadap hartanah milik kerajaan. Program ini juga telah dapat dijalankan dengan jayanya dan dengan kos yang amat minima.

Written by : ezulia