Pada 11 Ogos 2016, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan pensyarah/ penyelidik dari Pusat Kajian Nadir Bumi (RERC), Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kumpulan ini terdiri daripada Pengarah RERC sendiri iaitu Dato Prof. Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz bersama-sama dengan Dr Mohd Yusri Mohd Yunus (Research Felo (RERC) / Pensyarah), Dr Mohd Aizuddin Abd Aziz (Research Felo (RERC) / Pensyarah) dan Dr Nurul Ain Ismail (Pegawai Penyelidik RERC).
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan sampel monazite dan xenotime bagi tujuan kajian penyelidikan mereka disamping mengadakan jalinan kerjasama dengan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) untuk projek yang berkaitan dengan pemprosesan mineral.
Dengan kerjasama JMG Perak, satu lawatan ke kilang amang di Kampar telah diadakan pada sebelah pagi. Pada sebelah petangnya, satu perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah PPM, En. Md. Muzayin b. Alimon bersama-sama dengan semua Pegawai Penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) dan kumpulan pelawat telah diadakan di bilik mesyuarat pengarah. Kunjungan ini diakhiri dengan sesi lawatan ke Makmal Pengasingan Fizikal & Fiziko-kimia di CTPM.
http://blog.jmg.gov.my/pusat-penyelidikan-mineral/2016-08-22-11-06-17#sigProId3cc400d84c