Lawatan teknikal PUM-UTeM dan MCIS Safety Glass

 Lawatan teknikal PUM-UTeM dan MCIS Safety Glass

Pada 16 Ogos 2016, Encik Mohamad Haniza Mahmud dan Encik Mohd Idham Mustaffar berbincang dengan Mr. Ng Yong Siong, Pengarah Kumpulan Syarikat PUM Cullet Glass Sdn. Bhd, Pasir Gudang Johor. Perbincangan teknikal ini berkaitan dengan penggunaan kaca kitar semula dalam penghasilan jubin kaca-seramik.

Manakala pada 17 Ogos 2016, perbincangan teknikal berkaitan dengan projek jubin kaca dan perbincangan mengenai kerjasama pintar antara PPM dan UTeM di UTeM. PPM diwakili oleh Encik Mohamad Haniza Mahmud dan Encik Mohd Idham Mustaffar manakala UTeM diwakili oleh Prof. Madya Prof. Dr. Jariah binti Mohamad Joui.

Seterusnya ada 18 Ogos 2016, satu perbincangan telah diadakan dengan wakil syarikat MCIS Safety Glass Sdn. Bhd., Senawang Negeri Sembilan iaitu Encik Mohd Radzi Rejuan, Pengurus Kanan dan Encik Mohamad Sahizan Kasim berkaitan dengan penggunaan sisa kaca buangan dalam penghasilan jubin kaca seramik. Manakala Encik Mohamad Haniza dan Encik Mohd Idham Mustaffar mewakili PPM. Seiringan lawatan itu juga, pengambilan sisa kaca buangan diambil untuk di bawa ke makmal PPM.

Written by : ezulia