TECHNICAL TALK ON “NEW TECHNOLOGIES IN STABILIZING MINE SITES IN AUSTRALIA – EROSION, SEDIMENT AND REHABILITATION"

TECHNICAL TALK ON “NEW TECHNOLOGIES IN STABILIZING MINE SITES IN AUSTRALIA – EROSION, SEDIMENT AND REHABILITATION"

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dengan anjuran bersama Institut Kejuruteraan Galian Malaysia telah mengadakan satu program Syarahan Teknikal yang bertajuk “New Technologies In Stabilizing Mine Sites In Australia – Erosion, Sediment and Rehabilitation” pada 20 April 2017 (hari Khamis) bertempat di Dewan Seminar PPM.

Syarahan ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri dari agensi kerajaan dan swasta. Peserta dari agensi kerajaan kebanyakkannya adalah daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains manakala dari agensi swasta pula kebanyakannya dihadiri oleh pengusaha lombong dari seluruh Malaysia. Syarahan tersebut disampaikan oleh Encik Collin Schiller, Pengarah Walshs Seeds Pty Ltd. Australia dan juga Encik Leong Kwok Wing dari CHT Natural Solutions.

Antara perkara-perkara yang dibentangkan oleh Encil Collin Schiller adalah pendedahan dan pengetahuan dalam menangani isu–isu yang melibatkan penyelesaian ke atas pencemaran alam sekitar terutamanya sekali pada musim hujan, teknik dan pengurusan pembersihan lencongan.kawalan habuk, pemulihan terhadap tanah dan galian serta peraturan–peraturan perlindungan persekitaran baru yang terdapat di Australia.

Manakala pembentangan daripada Encik Leong Kwok Wing pula adalah mengenai penggunaan bahan terbuku (flocculants) yang digunakan untuk menggumpulkan kelodak di dalam kolam.

Justeru, dengan setiap perkongsian dan pendedahan yang diberikan telah dapat menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan serta memberi manfaat kepada setiap peserta tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar di negara kita.

 

Written by : ezulia