PPM Menjadi Juara Pertandingan Inovasi 1NRE, 2017 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

PPM Menjadi Juara Pertandingan Inovasi 1NRE, 2017 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Amat Berbangga!

Sejambak tahniah buat PPM kerana telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Inovasi 1NRE, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, bagi tahun 2017.

PPM melalui penyelidik utama, Dr Rohaya Bt Othman dan pasukannya EUREKA, telah mempertaruhkan inovasi bertajuk Penghasilan Kertas Menggunakan Sisa Buangan dari Industri Gas Asetilina sebagai bahan Pengisi, bagi pertandingan tersebut.

Pasukan EUREKA telah membawa pulang sebuah piala dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Pengumuman kejayaan ini telah dibuat pada 19 hb. Disember 2017, sempena Perhimpunan Bulanan 1NRE bagi bulan Disember 2017, di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Hadiah yang amat berharga ini telah disampaikan oleh YB. Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan EUREKA PPM dan seluruh warga PPM atas kejayaan ini. Adalah diharapkan semoga PPM terus komited dalam menjalankan R&D dalam bidang mineral dan alam sekitar.

ALHAMDULILLAH & TAHNIAH

 

Written by : ezulia