MAJLIS SANJUNGAN BUDI KENANGAN ABADI DAN SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT PPM 2018

MAJLIS SANJUNGAN BUDI KENANGAN ABADI DAN SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT PPM 2018

Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM) dengan kerjasama Cawangan Pentadbiran dan Kewangan (CPK) telah berjaya menganjurkan Majlis Sanjungan Budi Kenangan Abadi dan Sambutan Aidilfitri Peringkat PPM 2018. Majlis ini diadakan pada 10 Julai 2018 bertempat di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Majlis Sanjungan Budi Kenangan Abadi ini diadakan bertujuan untuk meraikan kakitangan PPM yang telah dan bakal bersara serta yang bertukar tempat kerja pada tahun 2018. Kakitangan PPM yang bersara ialah Pn.Nurasikin bt Abdul Aziz, Pn. Hjh. Nasariah bt Shaari, En. Abdul Rois Bin Abdul Mois, En. Aadnan Bin Ahmad, Pn. Loo Guek Hong dan En. Ali Bin Ismail manakala kakitangan yang bertukar tempat kerja ialah Pn. Norshila Bt Osman, Hjh. Asiah Binti Mohd Yusof, En. Che Nazri Bin Che Mat Din dan En. Muhamad Rasyidi Bin Baharuddin.

Sebaik sahaja acara ini berakhir, majlis diteruskan lagi dengan Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat PPM 2018. Pelbagai acara diadakan semasa majlis ini berlangsung termasuklah pertandingan nyanyian antara cawangan, persembahan nyanyian oleh pelajar latihan industri, pemberian duit raya kepada kanak-kanak, cabutan bertuah dan acara potong kek. Majlis yang dihadiri oleh seramai 150 orang tetamu ini berlangsung dalam suasana yang sangat meriah dan ceria dan juga turut disertai oleh tetamu jemputan daripada Bahagian Perkhidmatan Teknikal serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak.

Written by : ezulia