Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 26 Jun 2019. PPM telah mengadakan sebuah program Bengkel Penulisan Saintifik yang diadakan di Dewan Seminar PPM. Program tersebut melibatkan para pegawai penyelidik dari PPM, pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JMG, JMG Selangor, serta Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT).
Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta terhadap cara penulisan saintifik dengan berkesan dan teratur untuk menghasilkan journal saintifik yang berkualiti tinggi. Penceramah bagi program tersebut ialah Dr. Raa Khimi yang merupakan seorang penyelidik dan juga pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM). Bengkel Penulisan Saintifik tersebut bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.
Akhir sekali, PPM berharap agar program ini mampu memberi manfaat kepada para peserta dalam menghasilkan journal saintifik dengan lebih baik dan berkualiti tinggi pada masa akan datang.
http://blog.jmg.gov.my/pusat-penyelidikan-mineral/bengkel-penulisan-saintifik#sigProIde02455a372