Pensijilan MS ISO 9001:2008, PPM Berjaya Dalam Penambahan Skop Baru

Pensijilan MS ISO 9001:2008, PPM Berjaya Dalam Penambahan Skop Baru

11 – 12 Disember 2014 - Audit Pengawasan (Surveillance Audit) telah dijalankan di PPM. Audit ini telah dilakukan oleh pihak SIRIM melalui auditornya Puan Meena Regawan. Hasil daripada audit ini, PPM sekali lagi berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 bagi Ujian Batu Dimensi (UBD) dan juga berjaya dalam penambahan skop baru iaitu Ujian Pemprosesan Bijih Timah (UPBT).

Baca selanjutnya

PROGRAM PIN ke Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah anjuran KSKPPM

PROGRAM PIN ke Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah anjuran KSKPPM

4 Mac 2014 -  Seramai  tiga puluh lima (35) ahli-ahli Kelab Sukan & Kebajikan (KSK), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan lawatan ke Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau dikenali dengan nama Pondok Pakteh pada 4 Mac 2014 sebagai salah satu program Pelan Integriti Nasional (PIN).  Tujuan lawatan adalah untuk member peluang kepada ahli-ahli Kelab KSK PPM melihat sendiri tentang perjalanan pengajian dan juga kehidupan para pelajar di Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah.

Baca selanjutnya

PELAJAR LATIHAN INDUSTRI PPM

PELAJAR LATIHAN INDUSTRI PPM

2 Dis 2013 – 27 Feb 2014 - Seksyen Teknologi Pemprosesan Mineral, Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh telah menerima kehadiran seorang pelajar latihan industri dari University of Queensland, Australia.  Beliau ialah En Nazrin Ajjar bin Abdullah iaitu pelajar Ijazah Kejuruteraan Kimia Tahun 3, yang telah menjalani latihan industri di PPM dari 2 Disember 2013 hingga 27 Februari 2014. Semasa di PPM, beliau telah didedahkan kepada teknik-teknik pemprosesan mineral, analisis mineral dan juga terlibat sama di dalam kajian feldspar iaitu menjalankan ujian pengapungan buih (Froth Flotation) keatas sampel feldspar dari Ceramic Material Supply Sdn. Bhd, Kapar, Selangor.

Baca selanjutnya

TAKLIMAT DAN KERJA PERSAMPELAN LEMPUNG DI TRONG, TAIPING, PERAK

TAKLIMAT DAN KERJA PERSAMPELAN LEMPUNG DI TRONG, TAIPING, PERAK

12 November 2014 – Seramai 40 orang peserta terdiri daripada kumpulan Sokongan I, Sokongan II dan Pegawai Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menjalankan Taklimat dan Kerja Persampelan Lempung di Trong, Taiping, Perak. Taklimat dan Kerja Persampelan tersebut telah dijalankan selama 3 hari 2 malam, iaitu dari 12 November hingga 14 November 2014.

Baca selanjutnya