Latihan Pengendalian Dan Penyelenggaraan Relau

relau3

PPM, 2 Julai 3 – Seksyen Silika PPM telah menjemput seorang pakar iaitu En. Mohd Fazel bin Ahmad dari MK Four Workspoint, yang berpengalaman dalam kerja-kerja penyelengaraan relau untuk berkongsi ilmu bersama-sama pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan JMG bagi memberi pendedahan terutamanya kepada kakitangan yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan relau.

Selain menerangkan mengenai jenis-jenis relau, cara pembinaan dan pengendalian, penceramah juga menekankan aspek-aspek keselamatan dan penyelenggaraan relau. Latihan amali juga dilaksanakan supaya peserta-peserta akan lebih memahami terutamanya kaedah-kaedah untuk menyelenggara relau.

Galeri bergambar bengkel pengendalian relau:

Written by : ezulia