10 Nov 2014 - Pasukan Koir Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mewakili Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ke Pertandingan Koir Inovasi 1NRE 2014 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada 30 September 2014.
Lawatan Teknikal di HTL Industries Sdn. Bhd dan UTM, Skudai
23 dan 24 September 2014, satu lawatan teknikal di kilang HTL Industries Sdn. Bhd. dan Universiti Teknolgi Malaysia (UTM), Skudai telah di anjurkan oleh Seksyen Teknologi Bahan Termaju (STBT). Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai STBT mengenai proses penghasilan produk solid surface disamping mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan maklumat berkaitan bahan mentah, proses dan kualiti produk yang berkaitan dengan aktiviti R&D penghasilan komposit marmar.
Lawatan Pembantu Penyelidik PPM ke Lombong Rahman Hydraulic Tin (RHT), Pengkalan Hulu, Perak
7 Mei 2014 – Seramai 30 orang Pegawai Penyelidik dan Pembantu Penyelidik, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah membuat lawatan sambil belajar ke Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic Tin (RHT) di Klian Intan, Perak pada 7 Mei 2014.
Tahniah : Award of Excellence kepada Pengarah PPM
14 Oktober 2014, pihak Institute of Quarrying Malaysia (IQM) telah menganugerahkan AWARD of EXCELLENCE kepada Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah PPM di atas sumbangan cemerlang beliau di dalam memajukan industri pengkuarian di Malaysia. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada beliau oleh YB Dato'Sri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ketika Majlis Perasmian IQM Conference & Exhibition (CONEX) 2014 di Hotel Palm Garden, Putrajaya.
Tahniah dari semua warga PPM!!
10th Annual General Meeting of the Intergovernmental Forum on Mining, Minerals, Metals and Sustainable Development (IGF),Palais des Nations, Geneva, Switzerland
20-24 Oktober 2014, Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah PPM telah mewakili Malaysia di dalam 10th Annual General Meeting of the Intergovernmental Forum on Mining, Minerals, Metals and Sustainable Development (IGF) yang diadakan di Palais des Nations, Geneva, Switzerland.