Majlis 'Iftar Kubra' anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM)

Majlis 'Iftar Kubra' anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM)
IPOH, 6 APRIL 2023 - Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad menyantuni anak-anak yatim dari Maahad Tahfiz Al Ansori, Chemor Perak dalam Majlis 'Iftar Kubra' anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM) hari ini.
 
Majlis diserikan dengan Tahlil Arwah, Solat Maghrib, Isya', dan Tarawikh secara berjemaah yang dipimpin oleh Pelajar Tahfiz, Muhammad Nur Hakim Raasa Bin Khairul Fikri.
 
Dr. Nazwin Binti Ahmad yang juga selaku Penasihat KSKPPM turut menyampaikan sumbangan wang tunai, cenderahati dan duit raya kepada 38 anak yatim serta 4 orang guru pengiring yang diraikan, didahului oleh mudir Maahad Tahfiz Al Ansori, Al Fadhil Ustaz Azhari bin Abu Hassan.
 
Di akhir majlis, AF Ustaz Abdul Rashid Md Din menyampaikan Tazkirah Ramadhan yang berkaitan dengan Nuzul Quran kepada semua hadirin.

Kunjungan Pegawai Perhubungan Awam daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

Kunjungan Pegawai Perhubungan Awam daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
IPOH, 4 APRIL - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan En Abdul Rashid Omar iaitu Pegawai Perhubungan Awam daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).
 
Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat dan dan kerjasama dalam menghasilkan cenderahati. Dalam lawatan ini, Pengarah Kanan PPM telah memberi penerangan ringkas berkenaan cenderahati yang telah dihasilkan oleh PPM dan dibawa melawat ke Galeri PPM.

Lawatan ke Kilang Spritzer di Taiping

Lawatan ke Kilang Spritzer di Taiping
TAIPING, 21 MAC - Seramai 10 orang pegawai dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) dan Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) telah menyertai satu lawatan ke Kilang Spritzer di Taiping.
 
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan proses penghasilan air dari sumber bawah tanah. Selain itu, semua peserta telah dibawa ke loji punca air dan kawasan perkilangan berdekatan bagi melihat sendiri proses tersebut.

Lawatan Kerja Teknikal

Lawatan Kerja Teknikal

IPOH, 15 MAC - Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad memberikan penerangan mengenai produk mineral dalam Lawatan Kerja Teknikal hari ini yang diketuai oleh En. Wan Jusaini b Wan Rizal, Ketua Pegawai Eksekutif FRIM Incorporated Sdn. Bhd .

Lawatan Kerja Teknikal ini melibatkan 4 orang kakitangan FRIM Incorporated Sdn. Bhd dan Senitukang bertujuan mencari ruang pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan di PPM.

Program Hari Keluarga KSKPPM bertemakan 'Semakin Hari Semakin Sayang"

Program Hari Keluarga KSKPPM bertemakan 'Semakin Hari Semakin Sayang"
PENGKALAN HULU, 11&12 MAC - Program Hari Keluarga KSKPPM bertemakan 'Semakin Hari Semakin Sayang telah diadakan di Kroh Hot Spring & Riverside. Program ini melibatkan ahli Kelab Sukan dan Kebajikan, Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) dan juga ahli keluarga masing-masing yang berjumlah 92 orang.
 
Antara objektif program ini ialah merapatkan hubungan kekeluargaan antara ahli kelab, semangat kerjasama, serta secara tidak langsung dapat memperkenalkan PPM kepada orang awam.
 
Terdapat beberapa aktiviti sukaneka diadakan seperti 'Bingo-Lingo', Boling Kelapa, Sambut Belon Air, Tiup Tepung dan lain-lain. Hadiah telah disampaikan oleh Penasihat KSKPPM, YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad diiringi oleh Yang Dipertua KSKPPM, En Hamdan bin Yahya.