Kunjungan daripada Agensi Nuklear Malaysia (ANM)

Kunjungan daripada Agensi Nuklear Malaysia (ANM)
IPOH, 9 MAC - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan daripada Agensi Nuklear Malaysia (ANM) bagi perbincangan berkaitan dengan pengekstrakan unsur nadir bumi (REE) daripada sumber lempung jerapan ion (IAC), bauksit dan saliran lombong berasid (AMD) serta potensi kerjasama.
 
Dalam rangka lawatan ini, rombongan ANM yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Teknologi Industri, Dr. Nor Pa’izal bin Mohamad Hasan bersama pegawai-pegawai penyelidik dari Unit Mineral dan Nadir Bumi, ANM.
Rombongan telah diberi taklimat ringkas pengenalan PPM, perbincangan, dibawa melawat ke Galeri PPM dan demonstrasi ujian pengekstrakan REE di makmal.
 
Semoga kunjungan lawatan ini dapat membuka peluang kerjasama dalam meningkatkan lagi industri mineral di negara ini.

Lawatan Kerja Pahang Mining Corporation Sdn Bhd ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

Lawatan Kerja Pahang Mining Corporation Sdn Bhd ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)
IPOH, 2 MAC - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan daripada Pahang Mining Corporation Sdn Bhd sempena Lawatan Kerja ke Negeri Perak pada hari ini.
 
Dalam rangka lawatan ini, delegasi Pahang Mining Corporation diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tuan Haji Ahmad Rizal Bin Ali @ Jaafar bersama pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Pahang dan JMG Pahang termasuk pengarahnya Dato' Nurul Huda bin Romli.
 
Rombongan telah diberi taklimat dan dibawa melawat ke Galeri PPM dan Stesen Ujian Galian (SUGA) di Malim Nawar, Perak.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat membuka peluang kerjasama dalam meningkatkan lagi industri mineral di negara ini.

Lawatan ke Northern Dolomite Sdn. Bhd., Perlis.

Lawatan ke Northern Dolomite Sdn. Bhd., Perlis.
24 Februari 2023 - Seramai 8 orang pegawai dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) telah mengadakan lawatan ke Northern Dolomite Sdn. Bhd., Perlis.
 
Tujuan utama lawatan adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai dua projek usahasama PPM-JMG dengan Northern Dolomite iaitu penghasilan marmar sintetik menggunakan sisa dolomit tempatan dan penyingkiran besi daripada dolomit.
 
 

Lawatan teknikal oleh kakitangan Makmal Berpusat Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

Lawatan teknikal oleh kakitangan Makmal Berpusat Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)
IPOH, 21 FEB - Satu lawatan teknikal oleh kakitangan Makmal Berpusat Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah diadakan pada hari ini.
 
Lawatan ini bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama teknikal di antara dua pihak dan mengetahui lebih lanjut berkenaan perkhidmatan teknikal serta kajian dalam bidang mineral dan geosains yang ditawarkan oleh PPM.
 
Lawatan ini terdiri daripada enam kakitangan UMP yang diketuai oleh Pengarah Makmal Berpusat UMP, Prof. Madya Dr. Hazrulrizawati Binti Abd. Hamid, pegawai-pegawai sains kanan dan pembantu pegawai sains.
 
 

Aktiviti semaian anak pokok vetiver di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak.

Aktiviti semaian anak pokok vetiver di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak.
Pada 16 - 17 Februari 2023 seramai 4 orang kakitangan dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) telah melakukan aktiviti semaian anak pokok vetiver di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak.
 
Sebanyak 240 polibag pokok vetiver telah berjaya dihasilkan atas tempahan daripada pengusaha lombong tempatan.
Pokok vetiver dikenali sebagai salah satu pokok tropikal unik yang tahan lasak dan digunakan untuk rawatan saliran lombong berasid secara pasif.