Mesyuarat Pemantauan Kemajuan Projek Pembinaan Bangunan Baharu Makmal Silika Pusat Penyelidikan Mineral

Mesyuarat Pemantauan Kemajuan Projek Pembinaan Bangunan Baharu Makmal Silika Pusat Penyelidikan Mineral

SEPANG, 26-28 OKT- Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral Dr. Nazwin Binti Ahmad menyampaikan ucapan Perasmian sempena Mesyuarat Pemantauan Kemajuan Projek Pembinaan Bangunan Baharu Makmal Silika Pusat Penyelidikan Mineral di Hotel dan Pusat Konvensyen Movenpick dan dihadiri oleh 26 orang kakitangan PPM.

ย 

ย 

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค๐š๐ฅ ๐Š๐ž ๐‹๐จ๐ฆ๐›๐จ๐ง๐  ๐ˆ๐ง-๐ฌ๐ข๐ญ๐ฎ ๐‹๐ž๐š๐œ๐ก๐ข๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐‹๐จ๐ฃ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฌ๐ž๐ฌ๐š๐ง ๐”๐ง๐ฌ๐ฎ๐ซ ๐๐š๐๐ข๐ซ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐๐ข ๐Š๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ , ๐†๐ž๐ซ๐ข๐ค, ๐๐ž๐ซ๐š๐ค

27 OKTOBER2022 -ย Seramai 16 orang ahli pasukan penyelidik unsur nadir bumi PPM yang diketuai oleh Dr. Hj. Ismail Bin Ibrahim telah melawat ke lombong in-situ leaching dan loji pemprosesan Unsur nadir bumi di kenering, gerik, perak pada 27hb Oktober 2022.
ย 
Tujuan lawatan ini untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan lombong in-situ leaching bagi ekstrakan logam unsur nadir bumi dan pengambilan sampel tanah dan air sisa dari loji pemprosesan bagi tujuan penyelidikan di makmal.

Latihan Pencirian Kertas di Makmal Kertas dan Pulpa, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Latihan Pencirian Kertas di Makmal Kertas dan Pulpa, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
KEPONG 25-26 OKT - Pasukan penyelidik dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) sedang menjalani latihan pencirian kertas di Makmal Kertas dan Pulpa, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Latihan pencirian kertas ini bertujuan mengenalpasti kualiti kertas mengikut fungsi-fungsi tertentu.

IQM CONEX 2022 QUARRY CONFERENCE & EXHIBITION 2022

IQM CONEX 2022 QUARRY CONFERENCE & EXHIBITION 2022
20 OKTOBER 2022 - Institute of Quarrying Malaysia (IQM) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengadakan IQM CONEX 2022 QUARRY CONFERENCE & EXHIBITION 2022 dengan bertemakan โ€˜Era of Digital Technology in Quarrying - The Way Forwardโ€™ (EDTQ 2022) telah diadakan pada 18-19 Oktober 2022 yang bertempat di Hotel Palm Garden, Putrajaya.
ย 
Aktiviti pameran juga dijalankan di mana pihak JMG telah menghadirinya sebagai pempamer dan juga peserta persidangan. Sepanjang dua hari tersebut terdapat pelbagai agensi swasta yang melawat tapak pameran JMG dan berminat dalam penyelidikan dan pembangunan aplikasi yang dibangunkan oleh PPM. Alhamdulillah pada hari terakhir, JMG telah memenangi BEST EXHIBITION BOOTH AWARD.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan pameran PPM atas kerja yang komited dan berdedikasi dalam menjayakan program pameran pada kali ini.

Lawatan ke Kuari Imerys Minerals Malaysia Sdn. Bhd.

Lawatan ke Kuari Imerys Minerals Malaysia Sdn. Bhd.
IPOH, 13 OKT- Seramai enam orang pegawai dan pembantu penyelidik dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT), Pusat Penyelidikan Mineral bersama seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan telah mengadakan lawatan ke kuari Imerys Minerals Malaysia Sdn. Bhd. di Simpang Pulai hari ini.
ย 
Lawatan ini bertujuan
โ—ฆ memberi pendedahan tentang aktiviti pengkuarian batu kapur
โ—ฆ mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti pemprosesan dan penggunaan produk
โ—ฆ menjalinkan usahasama dalam perkara bersesuaian di antara PPM-JMG dan pihak industri
ย 
Diharapkan melalui lawatan teknikal ini, semua yang terlibat mendapat input yang bermanfaat mengenai mineral batu kapur dan boleh diaplikasikan dalam aktiviti penyelidikan penghasilan produk.