Hari Sukan PPM 2022

Hari Sukan PPM 2022

IPOH 3-7 OKT. Bersempena Hari Sukan Negara 2022, Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan Hari Sukan PPM pada 3-7 Oktober 2022. Antara sukan yang dipertandingkan adalah seperti dart, catur, congkak, karom, ping pong, pool dan badminton.

Kakitangan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Zamrud, Nilam, Intan dan Delima. Masing-masing menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dalam aktiviti yang dipertandingkan.

Kemuncak Hari Sukan PPM telah diadakan pada 7 Oktober 222 dan telah dijuarai oleh Kumpulan Intan diikuti oleh Zamrud, Nilam, dan Delima.

Mesyuarat Kajian-kajian Kes yang berlaku di PPM dan Langkah Mengatasinya Bagi Perkhidmatan MS ISO 9001:2015

Mesyuarat Kajian-kajian Kes yang berlaku di PPM dan Langkah Mengatasinya Bagi Perkhidmatan MS ISO 9001:2015
26 - 28 SEPTEMBER :Mesyuarat Kajian-kajian Kes yang berlaku di PPM dan Langkah Mengatasinya Bagi Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan Post Mortem dari Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd dan tindakan penambahbaikan oleh pihak pengurusan dan juga pelaksana MS ISO PPM untuk menghadapi Audit SIRIM seterusnya pada awal Disember 2022 supaya pensijilan MS ISO 9001:2015 di PPM dapat dikekalkan.
 
Mesyuarat ini juga merupakan satu platform untuk pihak pengurusan menilai dan mendapat maklumbalas tahap kekompetenan pelaksana-pelaksana MS ISO 9001:2015 bagi dua (2) skop perkhidmatan serta kakitangan-kakitangan lain yang menyokong perlaksanaan SPK ini di PPM.
 
YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dan YBrs. Dr. Rohaya binti Othman telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini.

Taklimat Pengurusan Dokumen, Risiko dan Persediaan Audit bersempena Bulan Kesedaran MS ISO 9001: 2015 Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

Taklimat Pengurusan Dokumen, Risiko dan Persediaan Audit bersempena Bulan Kesedaran MS ISO 9001: 2015 Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

IPOH, 20 Sept- Satu Taklimat mengenai Pengurusan Dokumen, Risiko dan Persediaan Audit bersempena Bulan Kesedaran MS ISO 9001: 2015 Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang diadakan di Dewan Seminar PPM hari ini. Turut hadir, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, Dr Nazwin binti Ahmad.

Bulan Kesedaran MS ISO9001:2015

Bulan Kesedaran MS ISO9001:2015
Program Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015 telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan, Dr Nazwin binti Ahmad.
 
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersempena program ini adalah: 
 
1) Taklimat ‘Kesedaran dan Kefahaman MS ISO 9001:2015’
    Penceramah: Pn Roshaida bt Arbain
 
2) Taklimat Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD)
    Penceramah: Ts. Dr. Hjh Emee Marina bt Salleh
 
3) Taklimat Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM)
    Penceramah: En Anuar bin Othman
 
4) Taklimat Latihan Kakitangan
    Penceramah: Pn Hjh Marlinda bt Daud
 
Seramai 50 staf telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap standard MS ISO 9001:2015 dan menambahkan kefahaman berkenaan standard MS ISO 9001:2015.