KEJAYAAN CEMERLANG MILIK PENYELIDIK PPM DI IIDEX 2018

KEJAYAAN CEMERLANG MILIK PENYELIDIK PPM DI IIDEX 2018

Pasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah berjaya merangkul pingat emas semasa pertandingan di Invention, Innovation & Design Exposition 2018 (IIDEX 2018) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ekspo ini telah diadakan pada 24 - 28 September 2018 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Rekacipta dari PPM ini ialah Non-Chemical Reagent Usage in Processing of Mica oleh Dr Ismail b. Ibrahim, Dr Nazwin bt. Ahmad, Pn. Salmah bt. Baharudin dan Pn. Roshaida bt. Arbain. Di samping itu, Dr Ismail juga turut meraih pingat emas bagi acara Elevator Pitch 2018 (Individu).

Seluruh warga PPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan rekacipta ini. Semoga mereka terus melakar kejayaan dan semoga kejayaan ini juga menjadi pemangkin kepada warga penyelidik yang lain untuk terus melakar kejayaan dalam penyelidikan masing-masing demi memartabatkan JMG di persada antarabangsa.

Written by : ezulia