KEM MOTIVASI KELUARGA BAHAGIA

KEM MOTIVASI KELUARGA BAHAGIA

PPM, 12 ā€“ 13 Mac, 2016    -    Program Kem Motivasi Keluarga Bahagia merupakan salah satu program anjuran AKRAB Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) PPM. Ianya telah dianjurkan pada 12-13 Mac 2016 selama dua hari dan bertempat di kawasan peranginan Dā€™ Lereng, Chepor, Perak.  Seramai enam puluh lima (65) peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan dan anak-anak kakitangan.  Majlis telah dimeriahkan dengan ucapan Yang Dipertua  KSKPPM, Dr Hj IzharAbadi bin Ibrahim Rais dan diikuti pula perasmiannya oleh Pengarah PPM iaitu En Md Muzayin Bin Alimon.

Objektif program ini adalah untuk memberi motivasi kepada kakitangan dan anak-anak kakitangan tentang kebahagian keluarga sebenar adalah berdasarkan kepada Hablumminallah - hubungan dengan Allah SWT dalam kewajipan untuk beribadah dan juga Hablumminannas - hubungan sesama manusia yang perlu dieratkan serta status ibubapa atau pelajar perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh kerana ia merupakan ibadah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Diantara pengisian program yang dijalankan adalah solat berjemaah, kuliah Maghrib dan Subuh, jamuan makan termasuk BBQ, qiamullail, sukaneka untuk kakitangan dan anak-anak kakitangan.  Sebaik sahaja selesai dalam acara sukaneka para peserta yang menyertai aktiviti tersebut telah menerima hadiah yang disampaikan oleh YDP KSK.

 

Written by : ezulia