Kerja-Kerja Pemasangan Alat Dust Deposit Gauge (DDG) Dan Alat Weather Station HOBO Di Sekitar Kuari Negeri Sembilan Dan Melaka

Kerja-Kerja Pemasangan Alat Dust Deposit Gauge (DDG) Dan Alat Weather Station HOBO Di Sekitar Kuari Negeri Sembilan Dan Melaka

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 02 Mei 2019 telah menjalankan satu projek Sustainable Deposit Index(SDI). Projek ini dijalankan bagi mengetahui kadar taburan habuk termendap di suatu-suatu kawasan yang berhampiran dengan kuari khususnya. Projek SDI ini telah diketuai oleh Dr. Izhar Abadi Bin Ibrahim Rais selaku ketua Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian(CTPP) di Pusat Penyelidikan Mineral, seorang pegawai dan 4 orang kakitangan daripada Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian.

Kerja-kerja pemasangan alat ini bermula dengan pemberitahuan awal oleh pihak Pusat Penyelidikan Mineral kepada pihak kuari dalam satu Program Seminar Kesedaran Kemampanan Industri Pengkuarian dan Perlombongan Negeri Sembilan/Melaka bertempat di Nilai Spring Resort Hotel pada 28 Februari 2019.

Pemasangan dan penempatan Alat DDG dan alat Weather Station HOBO akan dipasang selama 1 tahun yang akan berakhir pada Disember 2019 dangan anggaran 3 kali sampel iaitu pada bulan Mei, Ogos dan November. Projek SDI ini bertujuan bagi mengetahui kadar habuk termendap di sekitar kuari-kuari tersebut yang mungkin akan menbahayakan kesihatan penduduk berhampiran dan menimbulkan masalah-masalah berkaitan dengan habuk.

Fasa pertama bagi kerja-kerja pemasangan Alat Dust Deposit Gauge(DDG) dan Alat Weather Station HOBO ini telah bermula pada 24 Mac 2019 dan berakhir pada 29 Mac 2019. Sepanjang tarikh tersebut sebanyak 10 unit DDG telah dipasang di sekitar Seremban, 4 unit DDG dan 1 Unit Weather Station HOBO dipasang di Nilai Negeri Sembilan. Alat DDG dipasang di sempadan kuari dan di beberapa tempat tumpuan penduduk seperti kawasan kampung, perumahan, taman permainan dan majid. Manakala Alat Weather Station HOBO hanya 1 unit dipasang di kuari sekitar Nilai Negeri Sembilan. Alat Weather Station HOBO dipasang di tempat yang tinggi dan terbuka bagi mendapatkan data angin yang baik.

 

Written by : ezulia