KURSUS PENGENDALIAN JENAZAH

PPM, 11 Mei 2013 -  Kursus Pengendalian Jenazah yang telah diadakan di PPM telah berjalan dengan dengan lancar sehingga selesai . Kursus ini dianjurkan oleh Kelab, KSKPPM bertujuan untuk melatih lebih ramai ahli-ahli KSK dan ahli keluarga mereka bagi mengetahui dan memahami dengan lebih jelas tentang pengendalian jenazah demi kebaikan umat Islam keseluruhannya.  Kursus itu mampu melahirkan lebih ramai pengendali jenazah bagi menggantikan generasi sedia ada untuk kebaikan penduduk di taman-taman, kampung-kampung dan juga di daerah-daerah masing-masing. 

Selain daripada itu peserta kursus tersebut dipercayai akan mengamalkan latihan dan ilmu pengetahuan yang diperolehi ketika berlakunya kematian di kariah masing-masing serta melaksanakan dengan mengikut syariat Islam sebenarnya. Penceramah jemputan adalah dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) iaitu  Ustaz Mohd Noor Hakimi b Abd Karim dan Ustazah Habibah bt Abd Kadir.

Written by : ezulia