Di bawah Pelan Integriti Nasional (PIN), AKRAB PPM, JMG dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan (KSK), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan lawatan ke Muzium Arkeologi, Lenggong Dan Sidratul Edar, Kuala Kangsar pada 24 Mei 2016. Program tersebut telah dihadiri seramai empat puluh lima (45) kakitangan PPM. Program ini sebagai pendedahan kepada kakitangan PPM-JMG mengenai sejarah arkeologi di Muzium Arkeologi, Lenggong, Perak. Disamping juga para peserta berpeluang untuk melawat kilang di Sidratul Edar Corp, Kuala Kangsar yang mengeluarkan produk halal muslim yang mendapat pengiktirafan Islamic Manufacturing Process Practice (IMP). Selain daripada itu peserta juga sempat beriadah di pusat rekreasi Lata Kekabu, Lenggong sambil menjamu selera makan tengahari.
Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tentang:
1) Galeri Arkeologi ini mempamerkan semua artifak dan maklumat dari ekskavasi Arkeologi Pra Sejarah yang ditemui khususnya tumpuan kepada sekitar Lembah Lenggong dalam bentuk medium yang menarik dan berinformatif
2) Di Sidratul Edar Corp, memasarkan hampir 100 produk dari jenis makanan , minuman serta kosmetik. Antaranya biskut "Choc-Bite", "Milk-Bite", "Raf-Raf", "Delish" yang sebahagianya telah di eksport ke luar negara terutamannya ke China.
http://blog.jmg.gov.my/pusat-penyelidikan-mineral/lawatan-ke-muzium-arkeologi,-lenggong-dan-sidratul-edar,-kuala-kangsar#sigProIdcf6dd0fbb7