Pada 16 Januari 2013, KSKPPM di bawah program PIN telah mengadakan lawatan ke Rumah Seri Kenangan Taiping. Institusi ini merupakan institusi perlindungan kepada golongan warga tua yang terletak di lot 1689 dan lot 1690, Jalan Stesen, Taiping. Ia mula beroperasi sejak tahun 1950 dan Institusi inimampu memberi perlindungan sehingga 200 orang warga tua pada satu masa. Institusi ini memberi perkhidmatan jagaan dan perlindungan kepada warga tua yang berusia 60 tahun keatas. Kemasukan warga tua ke institusi ini adalah melalui perintah mahkamah di bawah Akta Orang Papa 1977 atau permohonan Kemasukan Secara Sukarela.
Ahli-ahli KSK telah melawat ke Rumah Seri Kenangan, Taiping yang dihuni oleh seramai seratus enam puluh (160) warga tua.Selebihnyawargatua yang terlantar tidak dibenarkan untuk dilawati. Sesiapa saja yang melawat mereka pasti hati akan tersentuh melihatkan keadaan mereka yang serba kedaifan terutama dari sudut kesihatan. Namun mereka tetap pasrah. Walau bagaimanapun ahli-ahli KSKPPM sempat juga beramah mesra bersama lebih kurang seratus (100) orang warga tua di dalam dewan dan juga di asrama.