KSKPPM di bawah program PIN telah mengadakan beberapa lawatan pada 16 Januari 2013. Ia telah dianggotai oleh 48 orang peserta. Antara aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah
1) Lawatan ke Rumah Seri Kenangan, Taiping
2) Lawatan ke Kilang Arang Kuala Sepetang
3) Lawatan ke Hutan Paya Bakau
4) Lawatan ke Muzium Matang
Rumah Seri Kenangan Taiping merupakan institusi perlindungan kepada golongan warga tua yang terletak di lot 1689 dan lot 1690, Jalan Stesen, Taiping. Ia mula beroperasi sejak tahun 1950 dan Institusi inimampu memberi perlindungan sehingga 200 orang warga tua pada satu masa. Institusi ini memberi perkhidmatan jagaan dan perlindungan kepada warga tua yang berusia 60 tahun keatas. Kemasukan warga tua ke institusi ini adalah melalui perintah mahkamah di bawah Akta Orang Papa 1977 atau permohonan Kemasukan Secara Sukarela.
Ahli-ahli KSK telah melawat ke Rumah Seri Kenangan, Taiping yang dihuni oleh seramai seratus enam puluh (160) warga tua. Selebihnya warga tua yang terlantar tidak dibenarkan untuk dilawati. Sesiapa saja yang melawat mereka pasti hati akan tersentuh melihatkan keadaan mereka yang serba kedaifan terutama dari sudut kesihatan. Namun mereka tetap pasrah. Walau bagaimanapun ahli-ahli KSKPPM sempat juga beramah mesra bersama lebih kurang seratus (100) orang warga tua di dalam dewan dan juga di asrama.
Sebaik saja selesai urusan di Rumah Seri Kenangan, rombongan berpeluang melawat ke kilang arang kayu (charcoal factory). Para rombongan berpeluang menyaksikan bagaimana kayu bakau (kayu bakau minyak) dibakar di dalam kebuk bersuhu lebih kurang 75 darjah celcius. Pada asalnya kayu bakau seberat 30 tan dipanaskan dalam tempuh 30 hari untuk mendapatkan 17 tan arang kayu. Arang kayu pula dieksport ke negara Jepun.
Kemudian perjalanan diteruskan lagi ke Hutan Paya Bakau. Sebaik saja sampai ke sana, ahli-ahli rombongan menjamu selera dengan jamuan makan tengahari kemudian solat zohor.Sebaik saja selesai solat kesemua ahli-ahli KSKPPM memulakan misi berjalan kaki di atas titi (pelantar kayu) berjarak lebih kurang hampir 1 km. Perjalana mengambil masa lebih kurang setengah jam.
Dalam perjalanan pulang kami juga sempat singgah di Muzium Matang (dulu Pematang), Mukim Bukit Gantang. Muzium tersebut telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Pengunjung berpeluang untuk menyaksikan pelbagai artifak sejarah yang dipamirkan termasuk tinggalan aktiviti perlombongan, pertanian, sistem pemerintahan, mahkamah, senjata dan replikasi Larut, iaitu gajah milik Long Jaafar yang dikatakan menemui bijih timah ketika berkubang di Larut. Selain itu, muzium ini juga memaparkan Perang Larut iaitu pertenglingkahan puak Ghee Hind an Hai San, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan banyak lagi.