Lawatan Kerja Kolaborasi IMR ke PPM

Pada 3 April 2013, PPM telah dikunjungi pelawat dari Institute Medical Research (IMR) seramai lima (5) orang yang diketuai oleh Dr. Mohammad Amir Kamaluddin iaitu Ketua Pusat Penyelidikan Kesihatan dan Alam Sekitar bagi membincangkan beberapa perkara antaranya projek usahasama antara PPM dan IMR yang boleh dijalankan.

 

Dalam perbincangan tersebut, Dr. Hj. Izhar Abadi  telah membentangkan projek kajian beliau dengan TNB di kawasan station Janakuasa Jana Manjung manakala pihak IMR telah membentangkan kajian projek mereka iaitu “Bukit Koman, Raub Community Health Status and Environmental Study”.

Perbincangan tersebut diakhiri dengan lawatan ke Makmal Pemprosesan Mineral, Seksyen Teknologi Pemprosesan Mineral dan juga Makmal ICP-OES di Seksyen Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian.

Written by : ezulia