LAWATAN KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB) KE PPM

LAWATAN KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB) KE PPM

PPM, 20 Januari 2015      - Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) telah menerima kunjungan seramai 12 orang Ketua-ketua Jabatan Kumpulan SEMESTA Sdn. Bhd. (KSSB) termasuk Ketua Pegawai Eksekutif YBhg. Dato’ Dr Azimuddin Bahari.

Rombongan ini telah disambut oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral, Tuan Haji Shahar Affendi Abdullah Azizi bersama-sama dengan Ketua-ketua Cawangan di PPM serta pegawai dan kakitangan-kakitangan dari CTBS. Rombongan telah dibawa untuk melihat sendiri bagaimana proses pembuatan produk kaca kristal dilaksanakan.

Kebanyakan ahli rombongan menyatakan bahawa ini adalah pengalaman pertama mereka melihat kerja-kerja pembuatan produk kaca kristal dan merasa amat kagum serta tertarik dengan kerja-kerja pembuatan yang dijalankan di CTBS ini. Seterusnya kesemua pelawat dari KSSB dibawa ke Galeri Penyelidikan PPM untuk diberi pendedahan dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di PPM.

Written by : ezulia