7 Mei 2014 – Seramai 30 orang Pegawai Penyelidik dan Pembantu Penyelidik, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah membuat lawatan sambil belajar ke Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic Tin (RHT) di Klian Intan, Perak pada 7 Mei 2014.
Rombongan PPM telah diberi taklimat dan oleh Pengurus Lombong, En Hariyanto. Rombongan ini berpeluang melawat kawasan lombong di mana deposit bijih timah diperolehi dan loji pemprosesan.
Lawatan ini amat bermakna dan memberi banyak pendedahan kepada ahli rombongan.
Terima kasih RHT atas sambutan dan layanan bertaraf dunia.