Lawatan Teknikal di HTL Industries Sdn. Bhd dan UTM, Skudai

2

23 dan 24 September 2014, satu lawatan teknikal di kilang HTL Industries Sdn. Bhd. dan Universiti Teknolgi Malaysia (UTM), Skudai telah di anjurkan oleh Seksyen Teknologi Bahan Termaju (STBT). Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai STBT mengenai proses penghasilan produk solid surface disamping mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan maklumat berkaitan bahan mentah, proses dan kualiti produk yang berkaitan dengan aktiviti R&D penghasilan komposit marmar.

Di UTM, Skudai, pegawai-pegawai STBT telah melakukan perbincangan teknikal bersama Prof. Azman Bin Hassan dari Jabatan Kejuruteraan Polimer, Fakulti Kejuruteraan Kimia. Pegawai-pegawai STBT telah di bawa untuk melawat ke makmal-makmal yang terdapat di Jabatan ini dan berpeluang menjejakkan kaki ke Institute Of Bioproduct Development (IBD)iaitu sebuah institusi yang menjalankan R,D&C produk kesihatan berasaskan herba.

1345

Written by : ezulia