PERTANDINGAN KOIR INOVASI 1NRE 2014, KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

PERTANDINGAN KOIR INOVASI 1NRE 2014, KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

10 Nov 2014 - Pasukan Koir Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mewakili Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ke Pertandingan Koir Inovasi 1NRE 2014 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada 30 September 2014. 

Pasukan Koir PPM telah mengharumkan nama JMG dengan mendapat tempat ketiga di pertandingan tersebut dan telah menerima hadiah sebanyak RM2,000.00 berserta sijil. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di Majlis Sambutan  Hari Inovasi peringkat Kementerian Asli dan Alam Sekitar (NRE) bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli , Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada 4 November 2014.

Written by : ezulia