Lawatan Penyelidikan dan Pengambilan sampel di Tapak Carigali Syarikat PMBK Az-Zahab Sdn.Bhd. Chiku, Gua Musang, Kelantan

Lawatan Penyelidikan dan Pengambilan sampel di Tapak Carigali Syarikat PMBK Az-Zahab Sdn.Bhd. Chiku, Gua Musang, Kelantan

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 9 April 2019. Lawatan selama satu hari ke Tapak Carigali Syarikat PMBK Az-Zahab Sdn.Bhd. Chiku,Gua Musang, Kelantan ini telah diketuai oleh Dr. Nazwin binti Ahmad selaku Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) di Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh. Lawatan ini juga telah dihadiri oleh Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL), seorang pegawai dan empat orang kakitangan daripada Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM). Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan CTPM mengenai kerja-kerja lapangan seperti kaedah eksplorasi mineral dijalankan, peralatan yang digunakan oleh pihak industri semasa aktiviti carigali dan penggerudian dilakukan, cara-cara sampel dilapangan diperolehi, mengenalpasti kaedah untuk menjimatkan kos sesuatu operasi serta mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak industri semasa menjalankan kerja carigali atau semasa melakukan ujian/analisis keatas sampel.

Sepanjang sesi lawatan, wakil syarikat PMBK Az-Zahab telah memberi penerangan kepada kakitangan mengenai pengurusan dan hala tuju syarikat , penerangan secara geologi tapak kajian eksplorasi, analisis dan ujian yang telah dijalankan oleh pihak syarikat.

Program lawatan ini amat berguna kepada kakitangan CTPM kerana ianya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran semasa menjalankan tugas terutama sekali meningkatkan kemahiran dan kompetensi kakitangan CTPM dalam memberikan perkhidmatan MS ISO 9001:2015 iaitu Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (Bijih Timah/Besi/Emas dan Pasir Silika). Disamping itu, hubungan kerjasama antara PPM dan pihak Industri dapat dipereratkan lagi dengan saling bertukar maklumat mengenai kaedah pemprosesan dan analisis yang dijalankan oleh kedua-dua pihak.

 

Written by : ezulia