Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Syarikat Merc Resources Sdn Bhd (MRSB)

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Syarikat Merc Resources Sdn Bhd (MRSB)

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara JMG dan Syarikat Merc Resources Sdn Bhd (MRSB) telah berjaya diadakan bertempat di Ibu Pejabat JMG, Kuala Lumpur pada 26 Januari 2017 yang lalu. Perjanjian tersebut telah ditandatangani antara JMG yang diwakili oleh YBrs Ketua Pengarah JMG, Tn Hj Mior Sallehhuddin Bin Mior Jadid dan Syarikat MRSB yang diwakili oleh CEO syarikat , En Noor Shaiful Hafiz bin Nordin.

Tujuan perjanjian ini ditandatangani adalah bagi memberi hak pengkomersialan eksklusif ke atas Inovasi Teknologi Penghasilan Kertas Menggunakan Teknik In-situ. Inovasi teknologi penghasilan kertas secara in-situ ini telah dibangunkan oleh Dr Rohaya binti Othman dan pasukannya dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Dengan termeterainya perjanjian ini, pihak JMG dan MRSB adalah selangkah ke depan dalam merealisasikan pembinaan sebuah kilang kertas pencetakan yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi yang mudah, murah dan mesra alam.

Turut hadir menyaksikan acara memeterai perjanjian ini adalah YBrs Tn Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Timbalan Ketua Pengarah JMG (Korporat dan Ekonomi Mineral), YBrs En Md Muzayin bin Alimon, Pengarah PPM, YBhg Dato' Mohd Za'im bin Abdul Wahab, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG, En Kamal bin Daril, Pengarah Cawangan Perancangan Pelaksanaan Ibu Pejabat JMG, YBhg Dato' Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM merangkap Penasihat MRSB, YBhg Dato Paduka Ariff Hamdi, Penasihat MRSB dan juga Ahli-ahli Lembaga Pengarah MRSB.
Kami di PPM, JMG mengucapkan syabas dan berdoa semoga urusan pengkomersialan hasil R&D ini akan berjaya. Tahniah!


Written by : ezulia