18 April, 2016 - Syarikat Borneo Oil & Gas Corporation Sdn Bhd telah berkunjung ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan membentangkan cadangan untuk menjalankan proses “Heap Leaching” berskala loji pandu di Bukit Ibam. Pihak Syarikat Borneo Oil & Gas Corporation Sdn Bhd telah diwakili oleh En. Balakrishnan dan En. Zakaria. Sementara PPM diwakili oleh Dr Shamsul Kamal Sulaiman, Dr Nazwin Ahmad, Dr Ismail Ibrahim, En Mohd Syahrir Mohd Rozi dan Cik Fatihah Azmi. Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah Tuan Haji Hisamuddin Termidi, Ir Juna Azleen Abdul Ghani dan En Hanizam Shah Saidin.
Tujuan pihak syarikat untuk membentangkan cadangan menjalankan proses “Heap Leaching” berskala loji pandu di Bukit Ibam adalah untuk mendapatkan pandangan dan maklumbalas dari pihak PPM berkenaan kesesuaian keadah pemprosesan, impak terhadap alam sekitar dan juga pandangan dari segi aspek-aspek lain yang difikirkan perlu.