PERTANDINGAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING ANJURAN KSKPPM

PERTANDINGAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING ANJURAN KSKPPM

19 MAC 2016 - Satu pertandingan bowling antara cawangan-cawangan di PPM anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah diadakan di Ocean Bowl Setiawan, Perak.  Program ini adalah atas inisiatif dan usaha Biro Sukan KSKPPM untuk menjadikan pertandingan ini salah satu acara sukan yang dapat merapatkan lagi ukhwah sesama kakitangan-kakitangan kumpulan sokongan dengan pegawai-pegawai dan juga ahli keluarga kelab KSKPPM serta untuk membudayakan semangat kesukanan didalam jiwa ahli kelab KSKPPM.

Juara keseluruhan pertandingan ini telah dimenangi oleh Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) diikuti Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) sebagai Naib Juara dan tempat ketiga adalah Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP).

 

Written by : ezulia