Aktiviti Pengambilan Sampel Barit di Gua Musang, Kelantan.

Aktiviti Pengambilan Sampel Barit di Gua Musang, Kelantan.

22 Februari 2016  -  Pengambilan sampel Barit telah dilakukan pada 22 Februari melibatkan PPM, Agensi Nuklear Malaysia dan juga Syarikat Kelstone Sdn. Bhd. (SKSB). SKSB adalah merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan yang bertanggungjawab terhadap aktiviti industri mineral di Kelantan. Sampel barit yang diambil ini adalah bertujuan untuk digunakan dalam penghasilan konkrit berprestasi tinggi yang digunakan sebagai perisai sinaran. Secara umum, barit berasal dari perkataan Greek β€˜Barus’ bermaksud berat di mana mineralogi adalah barium sulfat (BaSO4). Ia mempunyai relatif ketumpatan 4.48 g/cm3 dan purata kekerasan skala Mohs adalah 3. Pada masa kini, barit banyak digunakan sebagai media pengerudian dalam eksplorasi minyak dan gas di mana mencapai antara 80-85% penggunaannya.

 

Written by : ezulia