Pemantauan Impak Perlombongan Di Kawasan Berkepentingan Awam (Perlombongan Bauksit)

Pemantauan Impak Perlombongan Di Kawasan Berkepentingan Awam  (Perlombongan Bauksit)

Sebagaimana diketahui umum moratorium terhadap perlombongan bauksit telah dikenakan dari 15 Januari sehingga 15 April 2016. Mengambil kesempatan terhadap moratorium tersebut pihak Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian, Pusat Penyelidikan Mineral telah menjalankan pengambilan sampel air di 21 buah lombong Bauksit di Pahang pada 14 - 26hb Februari 2016 untuk kajian baseline.

Parameter kualiti air in-situ yang telah diambil adalah pH, Dissolved Oxygen, Conductivity, Turbidity dan Total Dissolved Solid. Sementara penentuan kandungan dan kepekatan unsur di dalam sample air ditentukan menggunakan Inductively-Coupled Plasma (ICP) di PPM.

Written by : ezulia