PPM MEMENANGI PINGAT PERAK DALAM ITEX’17

PPM MEMENANGI PINGAT PERAK DALAM ITEX’17

Buat kali ke tiga berturut-turut, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menyertai Pameran Inovasi dan Rekacipta Antarabangsa kali ke 28 (ITEX’17) yang telah diadakan pada 11 – 13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, PPM telah menghantar 2 rekacipta ke pertandingan ini iaitu Development of Eco-Friendly Crystal Glass Using Local Silica Sand for Tablewares dari Cawangan Teknologi Bahan Silika dan Non-Chemical Retardant Agent in Producing Precipitated Calcium Carbonate (PCC) dari Cawangan Teknologi Bahan Batuan. Kedua-dua rekacipta ini telah memenangi pingat perak.

Seluruh warga PPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan rekacipta ini. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin kepada warga PPM yang lain untuk terus melakar kejayaan dalam usaha untuk melonjakkan lagi penyelidikan PPM ke persada antarabangsa.


Written by : ezulia