×

Warning

JFolder: :files: Path is not a folder. Path: [ROOT]/images/blog/gallery/ezulia/gotong_royong_2017/
×

Notice

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery Pro plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/blog/gallery/ezulia/gotong_royong_2017/

Program Gotong-royong dan Latihan mendulang PPM 2017

Program Gotong-royong dan Latihan mendulang PPM 2017

Satu program gotong-royong dan latihan mendulang telah dijalankan pada 13 April 2017 (Khamis) di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Gotong-royong Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) yang juga merupakan program tahunan yang dianjurkan PPM. Siri kedua program gotong-royong ini telah dihadiri 31 orang kakitangan termasuk pengarah dan ketua-ketua cawangan.

Tujuan gotong-royong ini dijalankan adalah untuk memelihara dan mengindahkan SUGA, mewujudkan rasa kecintaan terhadap alam sekitar, mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan dan menyemai sikap tanggungjawab terhadap tanah kerajaan dan seterusnya aktiviti dan program penyelidikan di SUGA dapat dijalankan dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Kawasan SUGA ini juga sangat sesuai dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga.

Pada masa yang sama juga suatu latihan mendulang telah dijalankan dengan melibatkan 12 orang kakitangan yang baru melaporkan diri di PPM.  Latihan ini dijalankan bagi memperkenalkan kaedah asas mendulang kepada kakitangan baru. Latihan ini akan diadakan secara bersiri sama ada di SUGA atau di PPM bagi

{gallery}blog/gallery/ezulia/gotong_royong_2017/{/gallery}

Written by : ezulia