PPM MENYERTAI 6th MUSLIM WORLD BIZ 2015

PPM MENYERTAI 6th MUSLIM WORLD BIZ 2015

6th Muslim World Biz ‘Business and Investment Zone’ Exhibition and Conference 2015 (6th Muslim World Biz 2015) telah diadakan pada 27 – 30 Oktober 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan oleh OIC International Business Centre dengan kerjasama Islamic Centre for Development of Trade (ICDT). ICDT merupakan anak syarikat bagi Organisation of Islamic Cooperation (OIC) yang dianggotai oleh 56 buah negara Islam. Objektif utama acara ini ialah untuk meningkatkan perdagangan di antara negara Islam dengan menyediakan platform yang ideal untuk kerajaan, korporat, pelabur antarabangsa, pihak industri dan usahawan dari seluruh dunia dan untuk meneroka peluang kerjasama, pelaburan dan perdagangan di antara negara luar dengan negara-negara Islam ini. Pada tahun ini, sebanyak 1000 gerai pameran dan 3 persidangan telah diadakan dengan penyertaan daripada 500 delegasi.


Buat julung kalinya Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah menyertai acara ini. Sebanyak 8 projek penyelidikan telah dipilih untuk dipamerkan iaitu Eco Friendly Crystal Glass, In-situ Technique for Paper Making, Engineered Poly Art Marble, Floating Farming System, Quarry Particulate Pollution Index and Noise Software, Anti-Thermal Shock Kitchen Wares, Nontoxic Processed of Feldspar dan Zeolite as Adsorbent for Mine Water Treatment.

Semoga penyertaan PPM dalam acara sebegini dapat menjadi pemangkin dalam usaha PPM untuk lebih dikenali bukan sahaja di dalam negara bahkan juga di peringkat antarabangsa. Seterusnya, ia juga sebagai satu medium dalam meningkatkan peluang projek-projek penyelidikan yang berpotensi untuk mendapat kerjasama dan pelaburan sehingga usaha pengkomersialan projek-projek ini berjaya direalisasikan.

Written by : ezulia